KOTA BHARU - Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan pada 12 Ogos ini menyaksikan Barisan Nasional (BN) terus memberi mandat kepada Ketua Bahagian UMNO Jeli, Datuk Adhan Kecik bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Bunga selepas empat penggal bergelar wakil rakyat di kawasan itu.
Adhan yang merupakan seorang peguam mula bertanding di Bukit Bunga pada Pilihan Raya Umum ke-11 (PRU11) dan kemudian memenangi serta berjaya mempertahankan kerusi tersebut sehingga PRU15.
Pada PRN kali ini, Adhan dijangka berdepan tugas sukar dalam misi mempertahankan kerusi itu walaupun bakal berlawan dengan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dijangka mencalonkan Mohd Almidi Jaafar.
Menggunakan simbol bulan, Mohd Almidi yang ketika ini dikaitkan sebagai calon kerusi berkenaan dilihat mampu memberikan tentangan sengit kepada Adhan dalam misi mempertahankan Bukit Bunga.
Walaupun Almidi berasal dari Tanah Merah, namun sosok tubuh itu sudah lama berada dalam arena politik setempat.
Andaian itu ada asasnya berpandukan kepada keputusan PRU15 lalu menyaksikan Bersatu yang meletakkan Zahari Kechik, adik kepada Adhan sebagai calon di Parlimen Jeli, telah berjaya merampas kerusi itu daripada BN.
Kejayaan tersebut pastinya memberikan sedikit ‘tekanan’ kepada Adhan.
Bagaimanapun, berpandukan kepada rekod pencapaian yang baik sebagai ADUN selama empat penggal, peluang Adhan untuk mempertahankan Bukit Bunga masih lagi cerah.
Ditambah pula dengan pelbagai limpahan nikmat pembangunan yang telah dibawa oleh BN sebelum ini mampu dijadikan sebagai ‘bahan’ kempen untuk terus diberi mandat oleh rakyat.
Klik di sini untuk terus membaca