RAMAILAH orang kata, itu satu pemandangan yang tak mungkin mereka boleh bayangkan sepanjang hayat. Tun Dr Mahathir Mohamad pakai baju rasmi Pas dan muncul di majlis ceramah Pas di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada malam Jumaat, 21... Klik di sini untuk terus membaca

RAMAILAH orang kata, itu satu pemandangan yang tak mungkin mereka boleh bayangkan sepanjang hayat.

Tun Dr Mahathir Mohamad pakai baju rasmi Pas dan muncul di majlis ceramah Pas di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada malam Jumaat, 21 Julai baru lalu.

Itulah politik. Tak ada musuh kekal dan tak ada kawan kekal. Bila-bila masa sahaja boleh berubah. Hari ini bersama parti ini, esok parti lain. Oleh sebab itu, politik disifatkan pelik.

Awang tak pasti sahih tidaknya berita bahawa semasa Tunku Abdul Rahman singkir beliau daripada UMNO pada tahun 1969, dia pernah muncul di pentas Pas.

Nampaknya, setelah 54 tahun dia muncul lagi di pentas Pas.

Ada yang kata, sepanjang kehidupan politik Tun Mahathir, dia serang Pas. Apa yang dia tak cakap pasal Pas? Segala perkara dia salahkan Pas.

Awang rasa lebih kuat serangan beliau pada Pas dari DAP atau PKR.

Sejarah bertukar dengan mudah. Dia terpaksa bekerja dengan parti yang tertubuh akibat tindakannya singkir Tuk Seri Anwar. Dia bekerjasama dengan DAP. Jadi jikalau kali ini dia sokong Pas, tak hairan sangatlah.

Awang sebetulnya kasihankan dia. Bukan perbuatannya yang buat Awang kasihan tapi cakap-cakapnya juga akhir-akhir ini.

Klik di sini untuk terus membaca