PERBUATAN anggota kumpulan rock dari Britain memang kurang ajar. Penyanyi utamanya bukan sahaja persenda dasar Malaysia berhubung isu LGBT tetapi berbuat sesuatu yang tidak sopan di atas pentas. Penyanyi lelaki itu mencium bibir seorang... Klik di sini untuk terus membaca

PERBUATAN anggota kumpulan rock dari Britain memang kurang ajar.

Penyanyi utamanya bukan sahaja persenda dasar Malaysia berhubung isu LGBT tetapi berbuat sesuatu yang tidak sopan di atas pentas.

Penyanyi lelaki itu mencium bibir seorang anggota kumpulannya yang juga lelaki dengan penuh berahi.

Akibat kontroversi itu, festival tiga hari Good Vibes (GVF) 2023 telah dibatalkan.

Menteri Komunikasi dan Digital telah memanggil penganjurnya. Hampalah peminat festival itu yang telah membayar wang untuk menonton.

Awang tak salahkan Fahmi Fadzil dalam hal ini. Pada pendapat Awang, tindakan itu betul.

Apakah tujuan sebenar perbuatan Matty Healy itu tak tahulah. Apakah dia nak gunakan pentas di Sepang itu sebagai tanda protes? Protes untuk tujuan apa? Apakah untungnya tindakan itu?

Pada pendapat Awang, yang rugi ialah mereka yang meminati seni muzik.

Dalam hal ini, tentulah anak-anak muda yang meminati kumpulan rock. Dengan tindakan itu akan menyusahkan lagi promoter atau penganjur untuk membawa kumpulan rock dari luar negeri.

Sudahlah kegiatan seni jadi bahan serangan parti-parti tertentu.

Tindakan anggota kumpulan The 1975 ini akan jadi alasan bahawa seni muzik merosakkan nilai-nilai murni anak muda.

Akan ada tuduhan bahawa seni muzik digunakan untuk mempromosi LGBT.

Klik di sini untuk terus membaca