SETELAH 39 tahun Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) mentadbir Pulau Pinang di antara tahun 1969 hingga tahun 2008, siapa sangka parti yang bernaung di bawah payung Barisan Nasional (BN) ketika itu tumbang kepada DAP. Dibebani isu... Klik di sini untuk terus membaca

SETELAH 39 tahun Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) mentadbir Pulau Pinang di antara tahun 1969 hingga tahun 2008, siapa sangka parti yang bernaung di bawah payung Barisan Nasional (BN) ketika itu tumbang kepada DAP.

Dibebani isu perebutan calon Ketua Menteri dan kemerosotan sokongan pengundi Cina Pulau Pinang, prestasi terburuk Gerakan bermula pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) apabila parti itu gagal memenangi sebarang kerusi ditandingi daripada keseluruhan 40 kerusi DUN negeri berkenaan.

Sejak itu, Gerakan tidak lagi mampu bangkit sama ada di peringkat negeri mahu pun nasional.

Sejak tahun 2008, DAP yang membentuk kerajaan campuran di Pulau Pinang di bawah payung Pakatan Rakyat (PR) dan kemudiannya bertukar kepada Pakatan Harapan (PH), sememangnya mengukuhkan cengkaman mereka dan membentuk 'tembok besar' pada setiap PRU sehinggalah PRU14.

Muka depan sisipan khas Sinar Premium sempena kehangatan PRN enam negeri yang diterbitkan di dalam akhbar Sinar Harian pada Khamis.
Muka depan sisipan khas Sinar Premium sempena kehangatan PRN enam negeri yang diterbitkan di dalam akhbar Sinar Harian pada Khamis.
Muka depan sisipan khas Sinar Premium sempena kehangatan PRN enam negeri yang diterbitkan di dalam akhbar Sinar Harian pada Khamis.
Muka depan sisipan khas Sinar Premium sempena kehangatan PRN enam negeri yang diterbitkan di dalam akhbar Sinar Harian pada Khamis.
Muka depan sisipan khas Sinar Premium sempena kehangatan PRN enam negeri yang diterbitkan di dalam akhbar Sinar Harian pada Khamis.
Muka depan sisipan khas Sinar Premium sempena kehangatan PRN enam negeri yang diterbitkan di dalam akhbar Sinar Harian pada Khamis.
Muka depan sisipan khas Sinar Premium sempena kehangatan PRN enam negeri yang diterbitkan di dalam akhbar Sinar Harian pada Khamis.

Bagaimanapun, dominasi DAP dan PH di negeri itu agak terjejas pada PRU15 apabila fenomena gelombang peralihan pengundi Melayu yang memihak kepada PN menyaksikan tiga kerusi Parlimen daripada keseluruhan 13 kerusi Parlimen Pulau Pinang buat pertama kalinya berjaya ditembusi Pas.

Senario ini agak menarik kerana kemunculan PN yang menggantikan peranan BN sebagai pencabar utama DAP dan PH di Pulau Pinang dijangka berterusan memberi impak terhadap kedudukan kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.

Pensyarah Pusat Pengajian Kerajaan di Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Madya Dr Malike Brahim berkata, trend sokongan pengundian pada PRU15 mungkin tidak lagi relevan untuk menjadi kayu pengukur sejauh mana gelombang hujau akan terus kekal dikuasai PN pada PRN enam negeri.

"Atas kertas, dengan PH-BN kini berada dalam satu pasukan, corak pengundian pengundi Pulau Pinang mungkin sudah berubah dengan kedua-dua koalisi PH-BN dan PN mempunyai peluang seimbang untuk menang di negeri berkenaan.

"Bagaimanapun, sejauh mana pengundi Pulau Pinang akan terus kekal menyokong PH adalah bergantung pada isu setempat, nasional dan kecenderungan mereka untuk mempercayai sama ada PH-BN tidak sekadar bersifat marriage in convenience semata-mata,” katanya kepada Sinar Premium.

Statistik pengundi bagi PRN Pulau Pinang.
Statistik pengundi bagi PRN Pulau Pinang.

Di Pulau Pinang, Malike turut mengunjurkan koalisi PH-BN mampu mengekalkan penguasaan mereka di negeri berkenaan dengan 'tembok besar' yang dibina DAP sejak tahun 2008 sukar ditembusi PN.

SWING VOTE KEPADA PN

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan wujud pola pengundian penyokong UMNO tidak memihak kepada calon PH, sekali gus melakukan swing vote kepada PN dan menyebabkan PH-BN kehilangan banyak kerusi DUN majoriti Melayu di dalam Parlimen Teluk Bahang, Balik Pulau, Tasek Gelugor dan Kepala Batas.

Selain itu, Malike turut menekankan faktor pemilihan semula calon-calon UMNO-BN ditolak rakyat pada PRU15 dan calon kitar semula seperti Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (Bertam) dan Datuk Dr Sheikh Hussain Mydin (Sungai Dua) juga dijangka menjadi liabiliti tambahan kepada PH-BN.

Malike (kiri), Azizi, Kon Yeow
Malike (kiri), Azizi, Kon Yeow
Malike (kiri), Azizi, Kon Yeow

"Daripada enam kerusi DUN ditandingi UMNO-BN, saya unjurkan mungkin hanya satu kerusi sahaja mampu dimenangi mereka iaitu di DUN Permatang Berangan.

"Keseluruhannya, saya menjangkakan PN boleh memenangi sekurang-kurangnya 10 kerusi DUN majoriti Melayu di Pulau Pinang. Dengan jumlah kerusi DUN majoriti Melayu negeri itu dianggarkan sebanyak 15 buah, pertembungan sengit kerusi berkenaan dijangka menjadi penentu kemenangan mana-mana koalisi bagi membentuk kerajaan baharu Pulau Pinang,” ujarnya.

Pandangan berbeza dilontarkan oleh pemerhati politik tempatan, Azizi Safar yang menyifatkan keputusan DAP menamakan penyandang Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow sebagai calon poster boy, sekurang-kurangnya mematikan sebarang kemungkinan berlaku krisis dalaman PH.

Beliau percaya, sekiranya isu pertukaran Kon Yeow tidak diselesaikan segera, terdapat kemungkinan DAP dan PH akan berdepan deja vu pengulangan nasib Gerakan yang tumbang pada PRU12 disebabkan parti itu gagal menamakan calon Ketua Menteri.

"Begitu juga dengan dakwaan kononnya UMNO menuntut jawatan Timbalan Ketua Menteri sekiranya koalisi PH-BN berjaya menang di Pulau Pinang. Saya tidak nampak perkara itu akan berlaku kerana secara tradisinya jawatan top 3 kerajaan negeri akan diberikan mengikut agihan kaum,” jelas Azizi.

Dari segi demografi pengundi Pulau Pinang, Azizi percaya trend sokongan pengundi bukan Melayu masih lagi kukuh terhadap PH dengan DAP dijangka mampu mengekalkan keseluruhan 19 kerusi DUN ditandingi.

Dengan kerusi DUN campuran dianggarkan sebanyak tujuh kerusi, beliau turut menjangkakan ia tidak bermasalah dimenangi calon-calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (Amanah) terutama di kerusi DUN Batu Uban, Pantai Jerejak, Kebun Bunga dan Batu Maung.

"Hakikatnya keseluruhan 25 kerusi majoriti bukan Melayu yang dikenal pasti di Pulau Pinang berkemungkinan besar akan dimenangi parti-parti dalam PH kerana di negeri ini, saya tidak nampak sebarang bentuk gelombang rakyat rakyat menolak koalisi itu.

"Daripada keseluruhan 15 kerusi majoriti Melayu, ada kemungkinan PN menang sebahagian besarnya, namun ia masih tidak cukup untuk mencipta kejutan di Pulau Pinang,” katanya.

Klik di sini untuk terus membaca