ALOR SETAR - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid antara calon heavyweight diketengahkan BN dan mengetuai calon BN Kedah untuk bertanding di 15 kerusi dalam pilihan raya negeri (PRN). Kemunculan semula Mahdzir... Klik di sini untuk terus membaca

ALOR SETAR - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid antara calon heavyweight diketengahkan BN dan mengetuai calon BN Kedah untuk bertanding di 15 kerusi dalam pilihan raya negeri (PRN).

Kemunculan semula Mahdzir bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pedu yang pernah disandangnya pada tahun 2004, ibarat sirih pulang ke gagang, namun mampukah cubaan beliau membuahkan hasil?

Ketua UMNO Bahagian Padang Terap itu seterusnya dilantik sebagai Menteri Besar Kedah ke-8 (2005-2008) sebelum berlakunya peralihan kerajaan.

Perjalanan politik Mahdzir terus cemerlang apabila mempertahankan kerusi Pedu dalam PRU 2008 menewaskan calon PKR, Datuk Zamri Yusuf dengan majoriti 2,733 undi.

Selepas diangkat sebagai calon Parlimen Padang Terap, Mahdzir menang dua penggal berturut-turut iaitu pada PRU 2013 dan PRU 2018.

Namun bekas Naib Presiden UMNO itu gagal mempertahankan kerusi Parlimen Padang Terap dalam PRU15 lalu, apabila tewas kepada calon Pas, Nurul Amin Hamid dengan majoriti 10,959 undi.

PRN kali ini, Mahdzir disebut-sebut sebagai calon Menteri Besar Kedah untuk pakatan BN dan Pakatan Harapan (PH), desas-desus itu dikuatkan lagi dengan penyertaan beliau merebut kerusi DUN.

Mahdzir

Mahdzir bakal mencipta sejarah dilantik kali kedua sebagai Menteri Besar Kedah selepas Datuk Seri Mukhriz Mahathir, sekiranya gabungan tersebut berjaya merampas Kedah pada 12 Ogos nanti.Implikasi calon kitar semula

Pemerhati politik setempat bagaimanapun menyifatkan tindakan BN mempertaruhkan calon kitar semula dan pernah tewas dalam pilihan raya sebelum ini berisiko untuk parti itu.

Mungkin atas faktor beliau memegang jawatan penting dalam parti menyebabkan diberi mandat tersebut, namun sekiranya Mahdzir gagal dalam taruhan PRN ini, sudah tentu ia memberi kesan terhadap kelangsungan politik beliau termasuk parti itu sendiri.

Kebimbangan panglima perang BN itu tewas disuarakan kerana disifatkan tidak lagi relevan sebagai calon DUN, yang sepatutnya dibarisi muka baharu.

Namun sebagai ketua pasukan, beliau perlu berada dalam barisan ‘perang’ dan mahu atau tidak perlu dipilih sebagai calon.Ada yang merumuskan aura Mahdzir semakin pudar biarpun tidak pernah menyeberang kawasan bertanding sebagai wakil rakyat, namun hanya berlegar sekitar Padang Terap.

Adakah ia memberi kelebihan kepada bekas Menteri Pendidikan itu kerana dikenali pengundi setempat dalam tempoh agak lama, namun pemerhati menyifatkan ia bukan faktor penentu kemenangan.

Ada mengandaikan peluang Mahdzir sekadar 47 peratus untuk kembali bergelar ADUN Pedu berdasarkan senario politik semasa, termasuk berlaku gelombang Perikatan Nasional (PN) di Kedah.

Walaupun beliau bekas ADUN Pedu pada 2004, namun kalah pada PRU15. Aura 2004 dan 2022 tidak lagi sama. Apakah Mahdzir masih memiliki aura itu, ia sudah pun luput tarikh dan tiada tarikan kepada golongan muda.Menurutnya, sekalipun Mahdzir dicanang sebagai calon Menteri Besar, ia juga tidak memberi apa-apa kesan.

Kedah sepatutnya tonjolkan calon hebat sebagai MB baharu dan Benchmark calon hebat seperti Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan ADUN Merlimau, Dr Muhamad Akmal Saleh.

Mereka bukan sahaja kuat kerja malah mempunyai banyak idea bernas untuk memajukan negeri.

Klik di sini untuk terus membaca