GEORGETOWN - Muka baharu ditampilkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi DUN Pantai Jerejak pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang nanti, dijangka tidak berdepan kesukaran mempertahankan kerusi itu walaupun bersaing lebih dua penjuru.
Kerusi DUN Pantai Jerejak yang dikuasai PKR sejak tahun 2008 itu, boleh dikatakan antara kerusi selamat untuk Fahmi Zainol yang pertama kali diketengahkan parti dalam gelanggang PRN kali ini.
Meskipun Fahmi bukanlah anak tempatan di kawasan Pantai Jerejak, namun ia tidak menjadi masalah besar buat Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Permatang Pauh itu untuk mencuba nasib di kerusi tersebut.
Malah penyandang kerusi terbabit sebelum ini, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail juga bukan asal dari Pantai Jerejak, namun tetap mendapat sokongan luar biasa daripada pengundi.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, Saifuddin yang juga Setiausaha Agung PKR mendapat 14,014 undi selepas menewaskan tiga pencabar lain dengan majoriti 10,716.
Dengan rekod cemerlang itu, tidak mustahil Fahmi yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR mampu memperoleh jumlah undian setara sekali gus berjaya mempertahankan kerusi Pantai Jerejak dan bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
Berbekalkan pengalaman sebagai Ahli Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) selama beberapa penggal, Fahmi dilihat punyai kelebihan untuk dipilih berbanding dengan calon lain.
Sehingga artikel ini ditulis, selain PKR hanya Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) yang telah mengumumkan bertanding di kerusi Pantai Jerejak.
Muda mempertaruhkan calon, Priyankaa Loh yang juga Ketua Biro Pendidikan Muda Pulau Pinang.
Klik di sini untuk terus membaca