BIARPUN Barisan Nasional (BN) - Pakatan Harapan (PH) kini menguasai Putrajaya dan menjalinkan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan, namun koalisi berkenaan dinilai belum mampu mengambil alih pemerintahan Pas di Kelantan yang telah dikuasainya... Klik di sini untuk terus membaca

BIARPUN Barisan Nasional (BN) - Pakatan Harapan (PH) kini menguasai Putrajaya dan menjalinkan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan, namun koalisi berkenaan dinilai belum mampu mengambil alih pemerintahan Pas di Kelantan yang telah dikuasainya sejak 33 tahun lalu.

Ini kerana berdasarkan sokongan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu, bilangan penyokong BN-PH masih kecil berbanding Perikatan Nasional (PN) terutama Pas di Kelantan.

Malah sinergi jentera BN-PH masih belum mampu menyaingi jentera PN yang sudah berakar umbi terutama penyokong tegar Pas yang mewakili sekitar 30 peratus daripada lebih 1.4 juta pengundi berdaftar di Kelantan kini.

Tambahan pula, majoriti rakyat Kelantan masih belum bersedia menukar kerajaan, kerana mereka sudah sebati dengan dasar 'Membangun bersama Islam' dan doktrinasi mengejar 'pahala dan ganjaran syurga' berbanding hal-hal keduniaan.

Penyokong Pas di Kelantan juga tidak termakan dengan isu kitar semula seperti masalah bekalan air paip, pembangunan infrastruktur dan kelembapan ekonomi yang boleh menjadi modal politik kempen BN-PH nanti.

Muka depan sisipan khas Sinar Premium sempena kehangatan PRN enam negeri yang diterbitkan di dalam akhbar Sinar Harian pada Khamis.
Muka depan sisipan khas Sinar Premium sempena kehangatan PRN enam negeri yang diterbitkan di dalam akhbar Sinar Harian pada Khamis.
Muka depan sisipan khas Sinar Premium sempena kehangatan PRN enam negeri yang diterbitkan di dalam akhbar Sinar Harian pada Khamis.

Penganalisis politik dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Profesor Madya Dr Nur Azuki Yusuff berpandangan, PN-Pas tidak akan menghadapi masalah besar untuk mempertahankan 38 kerusi disandang yang dimenangi mereka pada PRU14 lalu.

Menurut Nur Azuki, ini kerana kadar penerimaan pengundi Kelantan terhadap PN-Pas amat tinggi susulan kejayaan mereka memperoleh kemenangan dengan majoriti besar di kesemua 14 kerusi Parlimen di Kelantan, pada PRU15 lalu.

Malah Nur Azuki berkata, walaupun lebih separuh daripada lebih 140,000 pengundi luar Kelantan dikatakan tidak akan pulang ke kampung halaman untuk mengundi namun, Kelantan dilihat akan terus kekal sebagai kubu kuat Pas.

Nur Azuki
Nur Azuki

"Status quo Kelantan selaku kubu kuat Pas sukar digugat BN-PH buat masa sekarang kerana mereka mempunyai deposit tetap pengundi tegar, selain mendapat sokongan tambahan kebanyakan daripada pengundi luar, anak muda dan pengundi atas pagar.

"Kemenangan PN di sesuatu kerusi DUN di Kelantan turut bergantung kepada siapa yang bakal menjadi calon kerana majoriti pengundi muda lebih suka muka baharu dan kurang kontroversi, selain boleh bekerja untuk rakyat,” katanya kepada Sinar Premium.

Statistik pengundi bagi PRN Kelantan.
Statistik pengundi bagi PRN Kelantan.
Statistik pengundi bagi PRN Kelantan.
Statistik pengundi bagi PRN Kelantan.
Statistik pengundi bagi PRN Kelantan.


Selepas PRU14, Pas menguasai 38 kerusi DUN Kelantan, manakala BN menyandang tujuh kerusi, tidak termasuk kerusi DUN Air Lanas yang dimenangi Datuk Seri Mustapa Mohamed yang kini menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selepas Langkah Sheraton pada tahun 2020.

Tambah Nur Azuki, penyertaan bekas 'warlord' UMNO, Tan Sri Annuar Musa ke dalam Pas juga dijangka menyulitkan usaha koalisi BN-PH untuk menang banyak kerusi DUN Kelantan sama seperti yang berlaku ketika bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim menyertai PN pada PRU15 lalu.

GUA MUSANG KEKAL MILIK BN?

Pun begitu, usaha BN meletakkan 31 calon dilihat antara solusi mereka untuk mengurangkan kekuatan PN terutamanya Pas mendominasi kerusi DUN Kelantan.

Di atas kertas, mengikut keputusan PRU14 lalu, BN mempunyai harapan besar untuk terus kekal menguasai tiga kerusi DUN di bawah Parlimen Gua Musang iaitu Nenggiri, Paloh dan Galas.

Mampukan calon BN, Mohd Syahbuddin (kiri) dan Amran mengekalkan kerusi DUN Galas dan Paloh.
Mampukan calon BN, Mohd Syahbuddin (kiri) dan Amran mengekalkan kerusi DUN Galas dan Paloh.

Ab Aziz Yussof (penyandang DUN Nenggiri), Amran Arifin (penyandang DUN Paloh) dan Mohd Syahbuddin Hashim (penyandang DUN Galas) terus diberi tanggung jawab untuk memastikan tiga kerusi berkenaan terus dikuasai BN.

Pada PRU15 lalu, percubaan Tengku Razaleigh Hamzah mempertahankan kerusi Parlimen Gua Musang untuk kali ke-12, gagal apabila beliau tewas mengejut kepada calon PN, Datuk Mohd Azizi Abu Naim.

Tengku Razaleigh hanya tewas tipis sebanyak 163 undi apabila memperoleh 21,663 undi manakala Mohd Azizi dengan 21,826 undi.

Mengambil kira majoriti tipis tersebut, adalah tidak mustahil untuk DUN Nenggiri, Paloh dan Galas kekal menjadi milik BN dalam PRN nanti.

Bagaimanapun Nur Azuki melihat, watak seperti Tengku Razaleigh yang dijangka turun padang membantu kempen 'anak-anak buahnya' belum tentu menjamin kemenangan calon BN-PH pada PRN nanti.

Ini kerana kata Nur Azuki, pengaruh Tengku Razaleigh sudah berkurangan sama seperti mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pun begitu beliau berkata, BN-PH mempunyai peluang lebih cerah untuk menang kerusi DUN jika ramai menteri turun padang ke Kelantan bagi mendekati anak muda dan pengundi atas pagar menjelang 12 Ogos nanti.

Klik di sini untuk terus membaca