SHAH ALAM - Konflik penamaan calon menjelang pilihan raya negeri (PRN) tidak dinafikan akan menjadi tegang antara gabungan parti tidak kira Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) termasuk Perikatan Nasional (PN), namun hal itu dianggap sebagai lumrah.
Penganalisis politik, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Profesor Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain berkata, meskipun begitu, tetap akan ada pihak yang beralah dan akur demi kemenangan parti masing-masing.
"Memang tidak dinafikan isu calon ini memang perkara yang akan dibangkitkan kerana kebanyakan tempat itu biasanya sudah disepakati atau mungkin satu, dua kerusi mempunyai perebutan antara beberapa pihak.
"Namun saya percaya menjelang penamaan calon akan ada pihak yang beralah dan parti yang tidak meletakkan calon terpaksa akur.
Pada Isnin, media melaporkan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, V Jisnukvitran mempertikaikan pencalonan semula Mohd Najwan Halimi sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Beliau menyifatkan ia telah mengecewakan ramai pihak kerana didakwa bakal memberi gambaran buruk kepada parti itu susulan isu hantaran kurang sopan bersifat perkauman yang dibuat Mohd Najwan sebelum ini.
Seterusnya, dua parti komponen PN dilaporkan bertelagah isu perebutan kerusi selepas Pas menyuarakan ketidakpuasan hati susulan hasrat Presiden Parti Gerakan Malaysia (Gerakan), Dominic Lau Hoe Chai untuk bertanding di kerusi DUN Bayan Lepas.
Tambah Mohd Izani, pertikaian itu akan selesai kerana keutamaan parti adalah memikirkan kelebihan dan manfaat terlebih dahulu bagi memenangi kerusi dalam PRN.
Klik di sini untuk terus membaca