AWANG ni orang fesyen lama, tak reti sangat hal label melabel ini. Orang macam Awang cuma nak tahu apakah kebaikan sesuatu dasar. Sama ada ia Hadari, 1Malaysia, Keluarga Malaysia atau Madani bagi Awang hanya label sahaja. Awang pujilah Tuk... Klik di sini untuk terus membaca

AWANG ni orang fesyen lama, tak reti sangat hal label melabel ini. Orang macam Awang cuma nak tahu apakah kebaikan sesuatu dasar. Sama ada ia Hadari, 1Malaysia, Keluarga Malaysia atau Madani bagi Awang hanya label sahaja.

Awang pujilah Tuk Seri PM yang lancar Ekonomi Madani pada hari Khamis lepas. Khabarnya untuk tujuan perkasa rakyat. Bagus sangatlah tu. Tak lama dulu, beliau bentang bajet tahunan, kali ini buat pengumuman penting tentang ekonomi pula.

Pokok pangkalnya, bukan janji dan angka tapi kesannya. Sebutkanlah banyak mana duitnya, banyak mana manfaatnya pada rakyat dan sebesar mana harapan untuk bangunkan ekonomi atau perkasa rakyat. Yang penting bagi Awang ia harus sampai pada pihak yang disasar.

Ekonomi kita perlu diperkembangkan dengan baik. Kerajaan patut berbelanja. Kerajaan mesti hantar mesej jelas ia yakin dengan kemapanan ekonomi.

Jangan cakap saja ekonomi berkembang, kadar pertumbuhan meningkat atau pelaburan bertambah.

Semua itu mestilah disokong oleh iklim perniagaan yang betul. Kata orang, dasar yang pro-bisnes. Mesti pastikan peluang kerja yang banyak.

Bagi Awang yang tak reti hal ekonomi, itulah matlamat sebenar apa pun rancangan ekonomi.

KENAPA TAK CAKAP DULU, TS?

RAMAILAH orang yang terkejut dengan kenyataan mantan Gabenor Bank Negara di mahkamah dalam kes Tuk Seri Bossku Najib.

Tan Sri Zeti dedah banyak perkara yang memeranjatkan. Soalannya mengapakah tidak didedahkan semua itu semasa beliau jadi Gabenor?

Selama ini, memang panas isu sumbangan (donation) RM2.6 bilion yang Najib kata dari Arab itu.

Dalam perbicaraan kes di mahkamah, Zeti kata Najib pernah minta dia buat kenyataan untuk bersihkan namanya.

Najib juga mahu Zeti kata, dia tak buat apa salah pun dalam hal RM2.6 bilion yang masuk dalam akaun peribadinya.

Zeti beritahu mahkamah sebagai Gabenor, dia tak boleh buat begitu. Dia tak ada maklumat tentang duit yang masuk sebanyak itu. Bank Negara pun tak dimaklumkan tentang tiga surat mengenai sumbangan Arab itu.

Mantan Gabenor itu juga dakwa kenyataan Najib dalam salah satu wawancara dengan sebuah portal bahawa Bank Negara tahu tentang duit itu adalah tidak betul.

Awang harap ini pengajaran bagi semua pegawai tinggi kerajaan. Ini soal amanah. Mereka duduk di jawatan tertentu dengan amanah.

Sepatutnya semasa berada di kedudukan itu, mereka mesti bersikap jujur dan telus. Kalau salah, cakap salah. Buat kenyataan bahawa sesuatu itu salah.

Janganlah dah jadi skandal besar dan apabila kes itu dibawa ke mahkamah baru nak beri cerita yang 'sebenar'.

Klik di sini untuk terus membaca