SHAH ALAM - Kemeriahan persaingan Pilihan Raya Negeri (PRN) enam negeri pada 12 Ogos depan semakin terasa dengan penampilan calon daripada pelbagai latar belakang termasuk bekas personaliti sukan dan selebriti terkenal tanah air. Antara... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Kemeriahan persaingan Pilihan Raya Negeri (PRN) enam negeri pada 12 Ogos depan semakin terasa dengan penampilan calon daripada pelbagai latar belakang termasuk bekas personaliti sukan dan selebriti terkenal tanah air.

Antara yang telah disahkan membuat kemunculan di pentas PRN kali ini termasuk pemain legenda Harimau Malaya dan bekas kapten pasukan Kedah sekitar era 80-an dan 90-an iaitu Radhi Mat Din.

Turut tersenarai memperkuatkan jentera Perikatan Nasional (PN) adalah Baddrol Bakhtiar, juga merupakan bekas kapten Harimau Malaya dan bekas kapten pasukan bola sepak Kedah serta Sabah.

Radhi dan Baddrol masing-masing mewakili PN-Pas, dipilih menjadi taruhan di Kedah bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Mengkudu dan DUN Gurun.

Menariknya, Radhi, 58, sekali lagi akan berdepan 'musuh' lama beliau iaitu Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar yang pernah menewaskannya di kerusi Parlimen Pokok Sena ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada tahun 2018.

Untuk rekod, DUN Alor Mengkudu merupakan antara kerusi panas di Parlimen Alor Setar yang menjadi perhatian dalam PRN Kedah kali ini.

Baddrol (kanan) bersalaman dengan Mohammed Firdaus yang dihadapinya pada N22 Gurun di Pusat Penamaan Calon, Dewan Lestari (Dewan Serbaguna) Guar Chempedak, Yan, Kedah pada Sabtu.

Melihat fenomena gelombang kebangkitan rakyat yang menyaksikan PN hampir menyapu bersih semua kerusi Parlimen Kedah pada PRU15, ramai pemerhati politik menjangkakan senario sama akan kekal termasuk di DUN Alor Mengkudu.

Bagaimanapun Mahfuz juga masih berpeluang untuk mempertahankan kerusi DUN itu yang dimenangi bekas pemimpin utama Parti Amanah Negara (Amanah) Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi pada PRU14.

Sementara itu, Baddrol, 35 pula bakal menentang calon PH, Mohammed Firdaus Johari yang merupakan Timbalan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah dan juga anak kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

Pertembungan Baddrol menentang Mohammed Firdaus dianggap menarik perhatian ramai berikutan DUN Gurun dianggap sebagai kubu kuat PH selepas dimenangi oleh Johari pada PRU14 lalu.

Altimet bergambar bersama pencabarnya Sharifah Haslizah pada proses penamaan calon sempena PRN Selangor di Dewan Dato Ahmad Razali pada Sabtu.
Altimet bergambar bersama pencabarnya Sharifah Haslizah pada proses penamaan calon sempena PRN Selangor di Dewan Dato Ahmad Razali pada Sabtu.
Altimet bergambar bersama pencabarnya Sharifah Haslizah pada proses penamaan calon sempena PRN Selangor di Dewan Dato Ahmad Razali pada Sabtu.
Altimet bergambar bersama pencabarnya Sharifah Haslizah pada proses penamaan calon sempena PRN Selangor di Dewan Dato Ahmad Razali pada Sabtu.

Dalam pada itu, penampilan calon PRN daripada luar gelanggang politik turut dimeriahkan dengan penyertaan penyanyi rap terkemuka, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Altimet.

Pelantun suara lagu ‘Amboi’ dan ‘Kalau Aku Kaya’ itu sah bertanding PRN Selangor di DUN Lembah Jaya atas tiket Pakatan Harapan (PH) dan akan menentang calon PN, Sharifah Haslizah Syed Ariffin yang juga Ketua Penerangan Pas Ampang.

Altimet, 43, menyertai PKR pada bulan April tahun lalu bersama rakan artis, Afdlin Shauki sebelum memenangi jawatan Ketua Cabang PKR Ampang apabila berjaya menewaskan pelakon, Datuk Hans Isaac.

Pada PRU ke-15 lalu, Altimet yang juga seorang komposer mencipta lagu berjudul Aduh Malaysia yang menjadi tular dalam kalangan penyokong PH malah turut digunakan sepanjang kempen PRU15.

Namun setakat ini, Altimet mengakui belum bercadang mencipta sebarang lagu sempena kempen PRN yang secara rasmi bermula pada Sabtu.

Klik di sini untuk terus membaca