PARIS - Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) mengesyorkan bandar raya air bersejarah, Venice di Itali dimasukkan dalam senarai tapak warisan diancam bahaya akibat perubahan iklim semakin... Klik di sini untuk terus membaca

PARIS - Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) mengesyorkan bandar raya air bersejarah, Venice di Itali dimasukkan dalam senarai tapak warisan diancam bahaya akibat perubahan iklim semakin tidak terkawal.

Katanya, Venice berisiko mengalami 'kerosakan tidak dapat dipulihkan' disebabkan rentetan isu perubahan iklim sehingga kebanjiran pelancong besar-besaran.

Cadangan pemulihan itu akan di bawa ke mesyuarat Jawatankuasa Warisan Dunia UNESCO di Riyadh, Arab Saudi pada September depan untuk diterima pakai."Kesan kemerosotan berterusan akibat campur tangan manusia termasuk pembangunan, perubahan iklim dan kehadiran pelancong besar-besaran telah menyebabkan perubahan yang tidak dapat dipulihkan.

"Beberapa isu lama telah menyebabkan kemerosotan ciri-ciri yang wujud pada hartanah itu selain sifat-sifatnya.

Kebanjiran pelancong secara besar-besaran tanpa kawalan menjadi punca Venice kini diancam kerosakan yang teruk. - Foto Agensi

"Lebih-lebih lagi, kesan gabungan tangan manusia dan perubahan semula jadi sehingga menyebabkan kemerosotan dan kerosakan struktur binaan dan kawasan bandar itu,” kata UNESCO.

UNESCO menambah, secara keseluruhan terdapat 'kekurangan kemajuan yang ketara' oleh pemerintah Itali menangani isu-isu ini.

Masih tidak mencukupi

Satu draf resolusi disediakan untuk diterima pakai Jawatankuasa Warisan Dunia menyatakan bahawa 'tiada kemajuan ketara dalam menangani isu berterusan dan kompleks' dan langkah tambahan dicadangkan Itali yang dianggap masih tidak mencukupi dan perlu diteliti semula.

Justeru, UNESCO berharap bandar raya air yang dimasukkan dalam senarai ini akan 'menghasilkan keputusan jitu dan menggerakkan pihak berkepentingan tempatan, nasional dan antarabangsa' memelihara tapak warisan dunia itu.

Kesan perubahan iklim menjadi faktor bangunan di Venice berada di ambang keruntuhan. - Foto Agensi
Kesan perubahan iklim menjadi faktor bangunan di Venice berada di ambang keruntuhan. - Foto Agensi

Jawatankuasa Warisan Dunia yang menyelia pemberian senarai tapak diidamkan di seluruh dunia, akan bermesyuarat di Riyadh dari 10 hingga 25 September depan.

Pada masa sama, agensi kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu sedang mempertimbangkan 53 calon tapak baharu untuk dimasukkan dalam Senarai Warisan Dunia.

Venice dimasukkan dalam Senarai Warisan Dunia pada tahun 1987, tetapi keadaannya sekarang telah membimbangkan UNESCO selama beberapa tahun.

"Ia menjadi tidak terkawal,” kata pengendali perahu gondola, Antonio Vertotto mengenai ramai pelancong asing yang melawat bandar itu setiap hari, sambil menambah kerajaan tidak melakukan apa-apa selama bertahun-tahun bagi memulihkan tapak wariaan dunia tersebut.- AFP

Klik di sini untuk terus membaca