AWANG puji langkah kerajaan untuk teruskan rancangan Rahmah termasuk Menu Rahmah yang sangat popular itu. Ini merupakan bayi atau buah fikiran Allahyarham Tuk Seri Salahuddin Ayub, yang merupakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
Memang pun rancangan ini baik. Menu Rahmah jadi begitu popular sekali dalam kalangan rakyat.
Tujuannya adalah nak kurangkan beban kos hidup rakyat termasuk pelajar. Menu Rahmah menyediakan makanan yang ada kualiti tetapi dengan harga RM5 atau kurang.
Awang puji cara ini. Janganlah disebabkan oleh menteri yang bagi idea dah tak ada atau berlaku pertukaran menteri, maka cadangan yang baik berkubur tanpa nisan.
Begitulah yang selalu berlaku. Sekali air bah, sekali pantai berubah.
Konsep Menu Rahmah ini banyak baiknya untuk rakyat. Allahyarham mungkin tak jangka sambutan begitu baik pada cadangannya. Hari ini Menu Rahmah merebak ke serata tempat.
Awang juga nak puji Tuk Seri PM yang umum akan tambah peruntukan sebanyak RM50 juta lagi untuk inisiatif ini.
Awang juga ucap syabas pada Tuk Seri PM yang berjanji sewaktu lancarkan Ekonomi Madani untuk beri perhatian khusus pada 130,000 keluarga miskin tegar di negara ini.
Mereka patutnya bukan sahaja dibantu tetapi dikeluarkan dari jaring kemiskinan itu.
Klik di sini untuk terus membaca