SALAH satu misteri besar dalam pilihan raya negeri (PRN) Kelantan adalah ketiadaan nama Nik Mohamad Abduh Nik Aziz. Nama beliau juga gugur daripada senarai calon Pilihan Raya Umum ke-15 hujung tahun lalu. Beliau ialah mantan Ahli Parlimen... Klik di sini untuk terus membaca

SALAH satu misteri besar dalam pilihan raya negeri (PRN) Kelantan adalah ketiadaan nama Nik Mohamad Abduh Nik Aziz.

Nama beliau juga gugur daripada senarai calon Pilihan Raya Umum ke-15 hujung tahun lalu.

Beliau ialah mantan Ahli Parlimen Bachok. Sudah tentulah ini merupakan dua pukulan KO untuk anak tokoh Pas yang sangat dihormati, Allahyarham Tan Sri Nik Aziz Nik Mat.

Banyaklah teori konspirasi mengapa hal ni berlaku. Khabarnya sewaktu nama beliau tidak naik jadi calon untuk pertahan kawasan Parlimennya, banyaklah penyokongnya yang kecewa.

Malah ada yang cadangkan beliau tetap bertanding atas tiket apa pun termasuk Bebas.

Misteri ini jadi lebih mendalam apabila nama beliau tak tersenarai dalam PRN. Ada yang sampai kata, memang ada rancangan untuk ‘hapuskan legasi’ Allahyarham Nik Aziz.

Ada juga yang kata ada ‘orang besar’ dalam Pas negeri yang memang tak mahu beliau bertanding di Chempaka.

Adik Allahyarham Nik Aziz yang bernama Nik Din mendakwa Presiden Pas sendiri ada tulis surat kepada pimpinan negeri minta Nik Abduh bertanding tapi tidak dihormati permintaan itu. Hebat betul kuasa pimpinan Pas negeri nampaknya.

Nik Abduh pula kata buat sementara beliau akan ‘berpuasa’ dan berehat daripada politik. Sayang sekali tenaga muda dan pemikirannya disia-siakan.

Klik di sini untuk terus membaca