Pada 2 Ogos lalu, genaplah 50 tahun pemergian Tun Dr Ismail, Timbalan Perdana Menteri yang kedua. Awang puji sangat tindakan kerajaan memperingati tarikh pemergiannya dengan mengadakan perhimpunan kecil tapi bermakna di Kuala Lumpur. Awang... Klik di sini untuk terus membaca

Pada 2 Ogos lalu, genaplah 50 tahun pemergian Tun Dr Ismail, Timbalan Perdana Menteri yang kedua.

Awang puji sangat tindakan kerajaan memperingati tarikh pemergiannya dengan mengadakan perhimpunan kecil tapi bermakna di Kuala Lumpur.

Awang hargai juga titah Tuanku Yang di-Pertuan Agong yang mengajak rakyat mencontohi ketokohan negarawan yang hebat itu. Baginda bertitah Allahyarham ialah tokoh penting dalam mengukuhkan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama.

Sememangnya patah tidak tumbuh dan yang hilang sukar berganti dalam hal Tun Dr Ismail. Beliau seorang pemimpin yang berintegriti. Beliau sebenarnya mengabdi diri pada negara. Beliau tidak meninggalkan harta dan kekayaan yang bertimbun. Anak-anaknya juga hidup sederhana sampai ke hari ini.

Awang mahu kita lahirkan jenis pemimpin macam ini. Pemimpin yang berbakti pada rakyat. Pemimpin yang tak kumpul kekayaan untuk diri, keluarga atau kroni.

Pada zaman negara baharu merdeka, pemimpin seperti beliau sangat diperlukan.Dalam perhimpunan itu, cucu Allahyarham berkata, konsep madani sesuai sangat dengan pemikiran Tun Dr Ismail.

Gagasan itu menyeluruh, buta kaum dan inklusif kata orang sekarang.

Patut sangatlah legasi dan semangat perjuangan Allahyarham diteruskan.

DIHALAU ATAU TIDAK?

SIAPAPUN yang menonton video yang viral di Sungai Dua, Pulau Pinang pada Selasa lalu, tak perlu buat tafsiran.

Tak payah audio pun dah tahu apa yang dibuat dan diucapkan oleh seorang pemimpin Pas negeri dalam kejadian itu. Tak mungkin sesiapa tak dengar pemimpin Pas tu kata; "Tak boleh. You go away”.

Walaupun Presiden Gerakan, Dominic Lau menafikan dia ‘dihalau’ dari tempat ceramah itu, tapi Timbalan Presidennya sahkan hal itu.

Kata Oh Tong Keong, walaupun Dominic tidak diundang, penganjur patut menghormatinya sebagai tetamu oleh sebab mereka dalam gabungan yang sama.

Awang harap Dominic dapat pengajaran dari peristiwa itu. Mungkin perbuatan pemimpin negeri itu tidak direstui oleh pucuk pimpinan Pas, tapi mungkin itulah sikap banyak pemimpin Pas terhadap ‘orang lain’.

Walaupun Perikatan Nasional (PN) beria-ia nak tunjuk gabungan itu inklusif, tapi belang sebenar parti sekutunya amat jelas.

Lagipun bos besar Bersatu dan PN, Tan Sri Muhyiddin tahu sangat sikap Pas. Siapa yang paling lantang kecam sikap Pas kalau bukan beliau selama ini?

Kejadian di Sungai Dua itu harap-harapnya hanya hanya kes terkecuali.

Menurut khabarnya, Dominic ada bercakap sendiri dengan Presiden Pas. Tak tahulah apa butiran sebenar percakapan itu.

Banyaklah Awang dengar ahli-ahli Gerakan tak puas hati dengan tindakan pemimpin Pas di situ.

Jikalau ahli Gerakan tak sedar juga, tak tahulah!

Klik di sini untuk terus membaca