PILIHAN raya negeri (PRN) sudah masuk ke pusingan kedua dan menjadi minggu paling penting kepada semua parti dan calon yang bertanding. Tok jangka segala bentuk serangan dan strategi akan mula dilaksanakan dalam minggu ini dan sebarang... Klik di sini untuk terus membaca

PILIHAN raya negeri (PRN) sudah masuk ke pusingan kedua dan menjadi minggu paling penting kepada semua parti dan calon yang bertanding.

Tok jangka segala bentuk serangan dan strategi akan mula dilaksanakan dalam minggu ini dan sebarang kesilapan akan memberikan kesan buruk.

Kita sudah mula dihidangkan dengan laporan pihak tertentu yang keluar parti dan menyokong parti lawan.

Jadi Tok teringatlah kisah dulu-dulu apabila berkunjung ke sebuah daerah di utara Semenanjung.

Ketika itu, pilihan raya baru sahaja selesai dan memang berlaku perpecahan yang amat teruk di kampung tersebut.

Menurut seorang penduduk, cerita pengumuman keluar parti beramai-ramai dan isytihar sokong parti lain itu hanyalah helah politik.

Yang sebenarnya kumpulan lelaki terbabit memang dari awal adalah ahli parti yang mereka sokong sejak sekian lama.

Jadi Tok tak teruja sangat apabila dengar cerita-cerita orang keluar masuk parti ini dan anggap ia sekadar hiburan semata-mata.

Tetapi yang lebih penting Tok hendak sentuh ialah ada tingkah laku ahli dan pemimpin parti yang sedang melakukan perbuatan cah keting ketika 'mode' perang. Cah keting ini bermaksud perbuatan sabotaj parti.

Sampai ke telinga Tok perbuatan ini sedang berlaku di salah sebuah negeri yang terlibat dengan PRN.

Terdapat ramalan parti tersebut akan kalah di enam kerusi, namun ini pun sebenarnya sekadar pemerhatian rambang dan boleh juga dianggap sebagai satu kisah hiburan semasa musim pilihan raya.

Jadi sama-sama kita tunggu pada 12 Ogos nanti keputusan PRN yang merupakan antara pilihan raya yang paling unik dan menarik dalam sejarah politik negara.

Klik di sini untuk terus membaca