TANAH MERAH - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan sudah ada beberapa senarai nama calon Menteri Besar Kelantan. Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, senarai itu bagaimanapun hanya akan... Klik di sini untuk terus membaca

TANAH MERAH - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan sudah ada beberapa senarai nama calon Menteri Besar Kelantan.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, senarai itu bagaimanapun hanya akan diumumkan selepas Pakatan Harapan (PH)-BN menang pada pilihan raya negeri (PRN) itu pada 12 Ogos ini.

"Kami sudah ada senarai tetapi akan umumkan apabila mendapat kerusi yang cukup untuk membentuk kerajaan.

"Kami tidak mahu mendahului takdir ALLAH SWT dan pelantikan Menteri Besar perlu melalui titah dan perkenan sultan,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Hari Potensi Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dan Program Desa Cerdas di Plaza Indonesia-Malaysia-Thailand Golden Triangle (IMT-GT) Bukit Bunga di sini pada Isnin.

Ujar Ahmad Zahid, senarai nama calon Menteri Besar tersebut terlebih dahulu dikemukakan oleh Pengerusi BN Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub kepada beliau, namun pihaknya menumpukan kepada gerak kerja bagi memenangi sekurang-kurangnya lebih separuh kerusi di setiap enam negeri.

"Beberapa nama ini dikemukakan oleh BN negeri kepada saya.

"PH-BN bagaimanapun menyasarkan untuk menang kerusi-kerusi mengikut kepada negeri-negeri misalnya Kelantan perlu 23 kerusi untuk membolehkan membentuk kerajaan atau Kedah sebanyak 19 kerusi,” kata Ahmad Zahid lagi.

Sebelum ini, akhbar melaporkan Pas Kelantan menjelaskan tidak perlu memberi bayangan siapa yang akan dipilih menjadi Menteri Besar di negeri itu selagi PRN belum selesai.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid menasihatkan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang supaya tidak terus bermimpi untuk menawan Putrajaya walaupun Perikatan Nasional menang PRN, 12 Ogos ini.

Beliau berkata, PRN bertujuan membentuk kerajaan negeri dan tidak ada kaitan langsung dengan kedudukan kerajaan di Putrajaya.

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!

Klik di sini untuk terus membaca