SHAH ALAM - Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah menafikan beliau mempunyai kuasa untuk menyekat mana-mana calon daripada bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan termasuk bekas Ahli Parlimen Bachok, Nik... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah menafikan beliau mempunyai kuasa untuk menyekat mana-mana calon daripada bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan termasuk bekas Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Tegasnya, keputusan pemilihan calon pilihan raya bukan di bawah bidang kuasanya, sebaliknya perkara itu terletak di tangan Presiden parti, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Menurutnya, sekiranya beliau dikatakan terlibat menyekat Nik Abduh daripada bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka - kerusi pernah disandang selama beberapa penggal oleh bapa Nik Abduh yang juga bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat - pastinya sepupunya yang juga penyandang kerusi itu, Ahmad Fathan Mahmood tidak akan digugurkan.

"Kalau saya yang ada kuasa, sepatutnya Ahmad Fathan tidak akan digugurkanlah.

"Jadi kena faham situasi keputusan di tangan presiden. Jadi bagi saya dengan Nik Abduh tiada apa-apa dan kita harap bapa saudaranya sedarlah.

"Saya percaya dia (bapa saudara Nik Abduh) dapat maklumat salah, ada orang yang memberikan maklumat tidak tepat pada dia," katanya kepada Sinar Harian dalam satu wawancara eksklusif pada Selasa.

NIK ABDUH
NIK ABDUH
NIK ABDUH
NIK ABDUH

Terdahulu, bapa saudara kepada Nik Abduh mendedahkan Mohd Amar adalah punca kepada bekas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat itu tidak dicalonkan pada PRN di Kelantan.

Nik Din Nik Mat turut mendedahkan, nama Nik Mohamad Abduh itu pada awalnya ada sebelum ditolak oleh Mohd Amar, selain Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang sendiri turut menghantar surat meminta Pas Kelantan menyenaraikan nama anak saudaranya.

Dakwanya, tindakan itu dibuat kerana calon DUN Panchor itu tidak mahu keluarga Allahyarham Nik Abdul Aziz bertapak di Pengkalan Chepa.

Pendedahan itu dibuat menerusi satu rakaman video berdurasi dua minit 33 saat yang tular di whatsApp sejak minggu lalu.

Mengulas lanjut, Mohd Amar sekali lagi menekankan hubungan beliau dengan Nik Abduh tidak bermasalah, sebaliknya yang bermasalah adalah orang lain.

"Nik Abduh dah jawab dua kali, beliau tidak mahu bertanding dan itulah yang disampaikan kepada parti. Saya sendiri pun tidak ada apa-apa," ujarnya.

Klik di sini untuk terus membaca