BAGI Awang yang tak berapa pandai ini, jarang sangatlah Awang ikuti Keluar Sekejap.
Ia podcast yang dihoskan oleh Khairy Jamaluddin (KJ) dan Shahril Hamdan. Maklumlah, kadang-kadang tahap perbincangannya tinggi, tak tersampai pada orang macam Awang.
Bagaimanapun Awang tengok siaran yang Tuk Seri Azmin Ali jadi tetamu baru-baru ini. Tentulah Awang nak dengar apa pandangan Azmin pasal pilihan raya negeri (PRN) yang berjalan di enam negeri hari ini. Dalam siaran itu, awal-awal lagi Azmin kata, PRN ini referendum untuk kerajaan pimpinan Tuk Seri Anwar. Berkali-kali dia tekankan hal itu.
Dia cakap ada kemungkinan rakan kongsi Kerajaan Perpaduan akan fikir dua kali jikalau PH dan BN kalah teruk di enam negeri.
Berkali-kali juga KJ dan Shahril ingatkan Azmin ini keputusan rakyat peringkat negeri dan tak jejas kerajaan Pusat. Tak mungkin kerajaan Pusat tumbang walaupun enam negeri PH dan BN tewas.
Awang kesian juga kat Azmin. Tapi bukan dia seorang yang guna modal referendum ini untuk kempen PN. Seolah-olah parti-parti gabungan Kerajaan Perpaduan tunggu nak tengok lemahnya Tuk Seri PM. Meratalah tukang kempen PN jajakan pandangan itu.
Pada pengundi hari ini, Awang nasihatkan mereka undilah dengan bijaksana. Buatlah pilihan yang betul.
Ini pilihan raya nak pilih menteri besar dan ketua menteri serta ahli dewan undangan negeri di enam negeri bukan nak tumbangkan kerajaan PH dan BN di Pusat!
Klik di sini untuk terus membaca