AWANG sebetulnya angkat tabik pada Syahir Sulaiman yang berani berdebat di TV dengan Rafizi Ramli.
Syahir orang cerdik dan bintang muda dalam Pas. Dia juga Ahli Parlimen Bachok.
Tapi Rafizi bukan sembarangan orang. Dia penceramah terbaik PKR. Dia memang handal berhujah. Syahir pun belum biasa dengan TV. Ini medium yang lain dari pentas politik atau tempat berceramah biasa.
Teringatlah Awang beberapa perdebatan terbuka di antara tokoh politik. Tentulah Debat Agenda Daily tahun 2007 di antara Tuk Seri Anwar dengan Tuk Seri Shabery Chik cepat terlintas dalam fikiran Awang.
Pada era Pak Lah itu, Shabery Menteri Penerangan. Tak mudah nak berdebat dengan orang macam Anwar.
Awang teringat tak lama dulu Sinar Harian anjurkan Berani Semuka yang pertemukan Tuk Seri Mujahid Rawa dengan Tuk Seri Azeez Rahim pasal Tabung Haji. Itu debat yang berapi di TV. Memang dua-dua sama hebat. Sama lengkap persiapan. Memang dua-dua pandai berhujah. Pandai 'goreng' juga kata orang.
Lain halnya dengan debat Rafizi-Syahir kali ini. Nampak sangat berat sebelah. Syahir pun lupa kat TV persembahan powerpoint tak sesuai sangat. Fakta patut hafal dalam kepala. Orang nak tengok data dan maklumat yang keluar dari mulut pendebat dengan pantas dan bukan teragak-agak.
Awang rasa banyak sangat kurangnya pengetahuan Syahir untuk berdebat tentang ekonomi.
Soalan orang yang menonton, inikah orang terbaik yang Pas boleh tawarkan untuk terangkan dasar dan hala tuju ekonomi Pas?
Klik di sini untuk terus membaca