SHAH ALAM - Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini menyaksikan sejarah sama berulang seperti Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) apabila calon tertua dan termuda kalah teruk di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing. Cubaan Parti Ikatan... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini menyaksikan sejarah sama berulang seperti Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) apabila calon tertua dan termuda kalah teruk di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.

Cubaan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) meletakkan calon termuda di Selangor tidak berhasil apabila Melanie Ting Yi-Hlin, 23, tewas berdepan persaingan tiga penjuru menentang Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) di DUN Bukit Antarabangsa.

Melanie yang juga Ketua Turus Penerangan Muda itu sekadar meraih 1,462 undi berbanding sekali gus menyebabkannya hilang deposit.

MELANIE

DUN Bukit Antarabangsa dimenangi Mohd Kamri Kamaruddin dari PH dengan 30,772 undi manakala calon PN, Timbalan Pengerusi Biro Perundangan dan Perlembagaan parti itu, Shasha Lyna Abdul Latif dengan 14,492 undi.

Sikap tidak gentar Melanie yang pertama kali bertanding di kerusi panas DUN Bukit Antarabangsa itu dari awal meraih perhatian orang ramai dan menimbulkan tanda tanya sama ada gadis cilik itu mampu meraih sokongan lebih 69,501 pengundi berdaftar di kawasan berkenaan.

DUN Bukit Antarabangsa sebelum ini dimenangi oleh Pengerusi PN Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali atas tiket PKR pada PRU14 sebelum melompat parti melalui Langkah Sheraton.

RAVINDER

Nasib sama juga menimpa calon paling tua di Pulau Pinang yang bertanding iaitu MS Ravinder Singh, 80, apabila beliau kalah teruk dengan hanya meraih 76 undi dalam pertembungan empat penjuru di DUN Pantai Jerejak.

Timbalan Pengerusi Parti Rakyat Malaysia (PRM) itu tewas di tangan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang, Fahmi Zainol yang meraih 14,116 undi.

Dua lagi calon iaitu Timbalan Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) yang mewakili PN, Oh Tong Keong meraih 5,519 undi manakala calon Muda, Priyankaa Loh dengan 472 undi.

Sebelum ini, Ravinder merupakan calon PRM bagi kerusi Parlimen Bayan Baru pada PRU15 namun beliau sekadar meraih 251 undi.

Klik di sini untuk terus membaca