SHAH ALAM - Komposisi ‘undi silang’ antara Pakatan Harapan (PH) kepada Barisan Nasional (BN) dan sebaliknya pada pilihan raya negeri (PRN) Sabtu lalu mungkin berlaku namun dalam skala yang sangat kecil. Penganalisis politik, Dr Noor... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Komposisi ‘undi silang’ antara Pakatan Harapan (PH) kepada Barisan Nasional (BN) dan sebaliknya pada pilihan raya negeri (PRN) Sabtu lalu mungkin berlaku namun dalam skala yang sangat kecil.

Penganalisis politik, Dr Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, ini kerana jumlah peratusan yang keluar mengundi cukup rendah iaitu tidak mencapai 80 peratus.

Bagaimanapun beliau beranggapan, undi silang tidak berlaku tetapi cenderung kepada sokongan parti gergasi yang mempunyai penyokong tegar di peringkat akar umbi.

"Dalam keadaan PRN kali ini, masih lagi komposisi yang sama cuma kelebihan itu pergi kepada Pas, PKR dan DAP. Kalau peratusan keluar mengundi tinggi, kita boleh kata undi silang berlaku secara menyeluruh,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan gabungan PH-BN berjaya menguasai tiga negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang pada PRN.

Kerjasama PH-BN dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) November lepas yang menyaksikan kedua-dua blok bersama beberapa lagi gabungan parti politik lain membentuk Kerajaan Perpaduan.

Dalam pada itu, Perikatan Nasional (PN) yang terdiri daripada Bersatu, Pas dan Gerakan juga kekal sebagai kerajaan negeri di Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Noor Nirwandy berkata, penglibatan rakyat dalam PRN kali ini dilihat tidak berlaku secara menyeluruh namun lebih menjurus kepada penyokong tegar parti tertentu atau sebilangan masyarakat awam yang merasakan mereka patut mengundi.

"Ia satu bentuk pola pengundian yang sama dan sekata seperti berlaku pada PRU15 selain wujudnya satu polarisasi ketara khususnya parti berasaskan kaum.

"Misalnya, DAP dan Pas menang hampir semua kerusi daripada jumlah dipertandingkan. Ini memberi satu gambaran perkara itu berlaku dalam negara ini,” jelasnya.

Klik di sini untuk terus membaca