BANGKOK - Kebuntuan politik selama tiga bulan menyebabkan Thailand gagal membentuk kerajaan sehingga kini. Sokongan kini beralih kepada Parti Pheu Thai selepas pencalonan pemimpin reformis, Pita Limjaroenrat daripada Parti Move Forward... Klik di sini untuk terus membaca

BANGKOK - Kebuntuan politik selama tiga bulan menyebabkan Thailand gagal membentuk kerajaan sehingga kini.

Sokongan kini beralih kepada Parti Pheu Thai selepas pencalonan pemimpin reformis, Pita Limjaroenrat daripada Parti Move Forward (MFP) yang menang besar pada Pilihan Raya Umum pada 14 Mei lalu ditolak, sekali gus mengakibatkan proses untuk melantik Perdana Menteri tergendala.

Gabungan parti yang dibentuk Pheu Thai selepas 'penyingkiran' MFP merancang untuk mencalonkan taikun hartanah, Srettha Thavisin sebagai pengganti Prayut Chan-o-cha menerusi pengumuman pada awal bulan ini.

Pheu Thai yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri digulingkan, Thaksin Shinawatra dan menduduki tempat kedua paling banyak meraih undi pada pilihan raya sedang berusaha membentuk gabungan bersama parti lain.

Beliau kini memperoleh sokongan 238 daripada 500 kerusi Parlimen walaupun 376 undi majoriti diperlukan untuk melantik Perdana Menteri.

Menerusi perkembangan terbaharu kemelut politik di negara gajah putih itu, Pheu Thai cuba mendapatkan sokongan daripada dua parti yang mempunyai kaitan dengan bekas pemimpin junta, Palang Pracharath dan United Thai Nation untuk menyertai kerajaan gabungan.

Srettha melihat pembentukan kerajaan lebih awal sebagai penyelesaian kepada masalah ekonomi mendesak yang dihadapi negara itu malah beliau juga tidak menolak pakatan dengan parti yang disokong tentera.

Srettha bersama Paetongtarn Shinawatra (kiri) yang pada mulanya dinamakan sebagai calon Perdana Menteri mewakili Pheu Thai ketika berkempen di Bangkok.

"Kita perlu realistik dan perlukan kerajaan baharu untuk menyelesaikan masalah negara ini. Ia adalah sangat penting untuk Pheu Thai memimpin kerajaan akan datang.

"Calon Perdana Menteri akan datang tidak sepatutnya mempunyai isu menentang Undang-undang Lese Majeste. Jika tidak, individu itu tidak akan mendapat sokongan senator dilantik junta. Ia perkara yang boleh dijangka," katanya merujuk kepada punca penolakan Pita secara meluas.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) konglomerat hartanah terkemuka itu dijangka menjadi Perdana Menteri ke-30 Thailand setelah pencalonannya turut mendapat lampu hijau daripada Thaksin yang menangguhkan kepulangannya ke tanah air.

Keputusannya untuk terjun ke dalam bidang politik dan menjadi anggota Pheu Thai pada akhir 2022 bakal membawa tuah kepadanya walaupun beliau mungkin tidak dapat menandingi populariti Pita dan MFP pada Pilihan Raya Umum, baru-baru ini.

Pita, 42, yang tidak disukai dalam kalangan ahli politik negara itu telah mencetuskan fenoman 'Pita mania' dan mempunyai pengikut terdiri daripada generasi baharu digelar Domsom yang sentiasa berada di belakangnya tanpa jemu.

Berwawasan luas

Srettha Thavisin atau dikenali sebagai Nid dilahirkan pada 15 Februari 1963 di Bangkok.Beliau merupakan putera tunggal kepada Kapten Amnuay Thawsin dan Chodchoi Jutrakul serta mempunyai kaitan dengan lima keluarga legasi perniagaan China-Thai iaitu Yip in Tsoi, Chakkapak, Jutrakul, Lamsam dan Buranasiri.

Srettha memiliki Ijazah Sarjana dalam bidang kewangan dari Claremont Graduate School di Amerika Syarikat (AS).

Beliau dianggap sebagai wakil idea politik liberal yang tidak terlalu ekstrem dan berpengalaman dalam mentadbir, berwawasan luas dan boleh berkomunikasi dengan orang ramai termasuk generasi muda.

Srettha, 61, seringkali menekankan masalah ketidaksamaan ekonomi dan sosial yang perlu diselesaikan pemerintah.

Srettha berjaya membina perniagaan hartanah keluarga menjadi sebuah empayar yang dipanggil Sansiri Development yang bernilai RM4.04 bilion dalam permodalan pasaran.

Beliau memulakan kerjayanya pada 1986 sebagai pembantu pengeluaran di Procter & Gamble Company dan kemudiannya menyertai San Samran yang dimiliki ahli keluarganya, Apichart Chutrakul.

Tidak lama selepas itu, syarikat tersebut menukar nama kepada Sansiri yang menyaksikan beliau akhirnya dilantik sebagai CEO.

Di sisi kehidupan peribadinya, Srettha merupakan peminat sukan bola sepak dan penyokong setia Liverpool FC.

Demi minat yang mendalam terhadap bola sepak, beliau telah menubuhkan Akademi Sansiri pada 2006 untuk melahirkan bakat muda yang berpotensi untuk digilap dan ia berjaya melahirkan pemain pasukan kebangsaan, Chanathip Songkrasin.

Srettha melayari perkahwinan selama 34 tahun bersama pakar penjagaan kesihatan warga emas, Dr Parkpilai Thavisin dan dikurnikan tiga cahaya mata. - Agensi

Klik di sini untuk terus membaca