JAKARTA - Ibu kota Indonesia disenaraikan sebagai salah sebuah bandar tercemar di dunia selepas Indeks Kualiti Udara (AQI) mencecah 156 iaitu tahap tidak sihat. Susulan perkembangan itu, Presiden Joko Widodo atau Jokowi pada Isnin turut... Klik di sini untuk terus membaca

JAKARTA - Ibu kota Indonesia disenaraikan sebagai salah sebuah bandar tercemar di dunia selepas Indeks Kualiti Udara (AQI) mencecah 156 iaitu tahap tidak sihat.

Susulan perkembangan itu, Presiden Joko Widodo atau Jokowi pada Isnin turut menzahirkan kebimbangan terhadap pencemaran udara yang semakin teruk di Jakarta.

"Ia diburukkan lagi oleh musim kemarau berpanjangan sejak tiga bulan lalu, pelepasan asap kenderaan dan aktiviti perindustrian di Jabodetabek atau kawasan metropolitan Jakarta terutamanya mereka yang menggunakan arang batu dalam sektor pembuatan," ujarnya yang mencadangkan pengubahsuaian cuaca termasuk teknik pembenihan awan.

Sebagai mengatasi masalah pencemaran udara itu, pemerintah akan mengambil beberapa inisiatif termasuk mempertimbangkan langkah yang menghendaki separuh daripada penjawat awam bekerja di rumah.

Greater Jakarta turut dilabel sebagai bandar paling kotor dan tercemar di dunia.
Greater Jakarta turut dilabel sebagai bandar paling kotor dan tercemar di dunia.
Greater Jakarta turut dilabel sebagai bandar paling kotor dan tercemar di dunia.

"Ia termasuk melakukan pemeriksaan rawak terhadap kenderaan dan mengarahkan pemandu untuk menjalani ujian pelepasan asap. Denda akan dipertimbangkan ke atas individu yang gagal berbuat demikian dan pembatalan lesen bagi kesalahan berulang.

'Ujian pelepasan asap akan dilakukan sebagai sebahagian daripada proses untuk mendapatkan lesen pendaftaran kenderaan.

"Kami akan melancarkan usaha itu di ibu kota dan akan diperluaskan ke Jabodetabek apabila ia menunjukkan perkembangan positif," kata Menteri Alam Sekitar, Siti Nurbaya Bakar, namun tidak menyatakan butiran tentang jangka masa atau bagaimana pelaksanaan langkah itu.

Langkah lain yang mahu dilaksanakan adalah mewajibkan kereta dengan kapasiti enjin 2,400 cc ke atas menggunakan bahan api oktana 98 dan mewajibkan setiap kenderaan membawa empat penumpang.

DATA BERBEZA

Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan (KLHK) bagaimanapun menafikan laporan yang mencemarkan imej pusat pentadbiran negara itu.

Ketua Pengarah untuk Kawalan Pencemaran dan Kemusnahan alam Sekitar, Sigit Reliantoro turut mempersoalkan perbandingan data yang diperlukan untuk menilai indeks kualiti udara di Jakarta.

"Pihak berkenaan perlu melihat sumber maklumat yang lain," kata Sigit yang merujuk laman kualiti udara, aqcin.org yang melaporkan tahap pencemaran Jakarta lebih rendah iaitu 160 dari Yangon, Myanmar (211), Copenhagen, Denmark (500) dan Alaska (200).

Beliau turut mengeluarkan data direkodkan pada 2018 hingga 2023 yang menunjukkan tahap kualiti udara Jakarta berada pada tahap baik ketika tempoh pra pandemik dan sepanjang pandemik.

Seorang petugas melihat skrin monitor yang menunjukkan kawasan sekitar Jakarta berada pada tahap tidak sihat (kuning).

"Tetapi, kami tidak menafikan berlaku peningkatan dalam tahap pencemaran sejak beberapa bulan lalu.

"Hal ini kerana pengukuran kualiti udara di kawasan bandar khususnya Jakarta dilakukan antara bangunan tinggi yang tiada peredaran angin. Keadaan itu menyebabkan pencemaran berganda," jelasnya lagi.

Difahamkan, pelepasan asap kenderaan yang berpunca daripada kesesakan trafik memburukkan lagi tahap pencemaran udara yang mencetuskan 'fenomena ngarai jalanan'.

Menurutnya, fenomena itu juga berlaku di bandar besar lain seperti Bandung dan keadaan muka bumi berbentuk lembah mengakibatkan pencemaran udara terperangkap dan hanya boleh 'dibersihkan' oleh hujan atau tiupan angin. - Agensi

- INFO

- Sejak Mei 2023, Jakarta tersenarai sebagai 10 bandar paling tercemar dan berada di kedudukan teratas global pada minggu lalu.

- Pada Isnin, kota metropolitan itu berada di tangga kedua dalam carta.

- Jabodetabek merupakan akronim merujuk kepada Jakarta, Bogor, Depok, Tangerang dan Bekasi.

- Pada 2021, sebuah kumpulan penduduk memenangi kes sivil yang menyaksikan Jokowi mengarahkan langkah untuk mewujudkan standard kualiti udara kebangsaan bagi melindungi kesihatan manusia. Ketika itu, Menteri Kesihatan dan Gabenor - Jakarta juga merangka strategi untuk mengawal pencemaran udara.

- Bandar lain paling tercemar di dunia ialah Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) - [157], Johannesburg, Afrika Selatan [156], Hanoi, Vietnam [151] dan Doha, Qatar [140].

Klik di sini untuk terus membaca