SATU perkara yang Awang setuju dengan banyak penganalisis politik adalah serangan ke atas Menteri Besar Kedah, Tuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor makan tuan. Beliau diserang oleh semua pimpinan PH termasuk Tuk Seri PM. Malah ada menteri khusus... Klik di sini untuk terus membaca

SATU perkara yang Awang setuju dengan banyak penganalisis politik adalah serangan ke atas Menteri Besar Kedah, Tuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor makan tuan.

Beliau diserang oleh semua pimpinan PH termasuk Tuk Seri PM. Malah ada menteri khusus yang diberi tanggungjawab bongkar ‘skandal’ Sanusi dalam soal unsur nadir bumi (REE).

Tapi sokongan terhadap beliau bukan mengurang malah meningkat. Bak kata orang dia jadi hero rakyat Kedah. Dia disanjung oleh sebab berani berhadapan dengan kerajaan Persekutuan.

Hal dia ditahan polis jam 3 pagi jadi isu besar yang membawa simpati pada beliau. Gaya angkat tangan yang ditiru dari Tuk Seri PM pada tahun 1998 jadi simbol protes di Kedah.

Rakyat Kedah boleh terima mulut Sanusi yang tak bertapis. Dia cakap ikut sedap rasa. Sampai buatkan Sultan Selangor murka. Tapi walau apapun rakyat Kedah tetap pilih beliau dan sokong partinya.

Kedah hanya hilang 3 kerusi daripada 36 yang ditandinginya.

Sekarang Sanusi dah jadi MB semula. Apakah kerajaan persekutuan akan terus bermusuh dengannya atau apakah dia akan terus ambil sikap degil terhadap kerajaan persekutuan?

Menarik juga apabila jadi MB semula dia mohon maaf pada semua yang terluka hati atas kata-kata dan tindakannya. Dia juga maafkan semua orang yang menyakitkan hatinya.

Sanusi The Boss ternyata macam hero filem Tamil – dibenci oleh musuh tetapi dijulang oleh pengikutnya.

Klik di sini untuk terus membaca