KEPUTUSAN 3-3 dalam pilihan raya negeri (PRN) yang baru lepas tidaklah memeranjatkan Awang. Bagaimanapun Awang tak jangka PN berjaya mengenepikan 2/3 majoriti PH di Selangor walaupun kita tahu memang negeri itu akan digegarkan oleh PN.
UMNO kalah teruk kali ini dengan hanya menang 19 kerusi yang ditandingi. Ini sesuatu yang sangat memalukan bagi parti yang ada sejarah hebat, sokongan akar umbi yang kuat dan jentera parti yang tak boleh ditandingi.
Awang tak nampak semangat berkorbar-kobar sewaktu di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang lepas diterjemah dalam bentuk undi.
Awang juga tak tahu ke mana perginya sebahagian besar 3.4 juta ahli seperti yang didakwa oleh parti itu yang berada di enam negeri berkenaan.
Banyaklah yang percaya orang UMNO sendiri tak undi UMNO atau banyak yang tak keluar mengundi.
Ada yang kata ini protes terhadap pimpinan tertinggi. Ada yang kata UMNO perlu rombakan besar-besaran. Buat sekarang sebelum terlambat.
UMNO kini di persimpangan. Parti itu perlu buat keputusan yang berani. Pimpinan parti tentu sedar sokongan ke atas UMNO merosot sejak pilihan raya umum 2008 dan tak pulih sehingga sekarang.
Dengan kadar kemunduran ini, UMNO akan jadi parti yang semakin kecil dan tak berpengaruh. Orang Melayu sudah ada pilihan lain selain UMNO.
Klik di sini untuk terus membaca