SHAH ALAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang khususnya di Kelantan dan Kedah akan gagal berfungsi bagi proses semak dan imbang sekiranya sekadar memainkan sentimen dan tuduhan melulu. Penganalisis sosiopolitik dari Pusat... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang khususnya di Kelantan dan Kedah akan gagal berfungsi bagi proses semak dan imbang sekiranya sekadar memainkan sentimen dan tuduhan melulu.

Penganalisis sosiopolitik dari Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL), Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, kekurangan pembangkang sememangnya memberikan kesan kepada situasi semak dan imbang terutamanya di Kedah dan Kelantan serta Terengganu yang langsung tiada pembangkang.

Dalam keadaan tersebut, katanya, kepimpinan dan wibawa pemimpin pembangkang amat diperlukan terutama Kedah dan Kelantan bagi memastikan mereka mempunyai persediaan yang mencukupi dan budaya penyelidikan terhadap isu-isu yang akan dikemukakan.

"Kemungkinan akan ada serangan bertubi-tubi oleh penyokong kerajaan terhadap pembangkang yang sangat minoriti. Namun ini merupakan satu cabaran dalam proses demokrasi negeri.

"Tidak boleh lagi bermain sentimen, tidak ada lagi hanya memberi tuduhan melulu tanpa data dan fakta. Jadi ini cabaran kepada pembangkang yang sangat kecil jumlahnya,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai kekurangan pembangkang di negeri-negeri terlibat hasil keputusan pilihan raya negeri (PRN) baru-baru ini.

PRN Kelantan menyaksikan Perikatan Nasional (PN) melalui Pas membentuk kerajaan negeri selepas menang 43 daripada 45 kerusi manakala Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (PH-BN) hanya dua kerusi.

Sementara itu di Kedah, PN berjaya memperoleh 33 kerusi DUN manakala PH hanya mendapat tiga kerusi.

Klik di sini untuk terus membaca