MUMBAI - Filem kontroversi The Kerala Story yang telah mencecah box office sejak ditayangkan di seluruh India pada Mei lalu didakwa menghina agama Islam selain propaganda budaya untuk meningkatkan sokongan kepada parti pemerintah menjelang... Klik di sini untuk terus membaca

MUMBAI - Filem kontroversi The Kerala Story yang telah mencecah box office sejak ditayangkan di seluruh India pada Mei lalu didakwa menghina agama Islam selain propaganda budaya untuk meningkatkan sokongan kepada parti pemerintah menjelang pilihan raya tahun depan.

Trailer filem yang telah ditonton itu menggambarkan ‘seorang gadis tidak bersalah yang terperangkap, berubah dan dipergunakan untuk tujuan keganasan’, sambil menyatakan ia diilhamkan daripada banyak kisah benar.

Filem mengisahkan seorang wanita Hindu yang memeluk agama Islam dan berubah menjadi seorang radikal itu menjadi filem Bollywood kedua terlaris pada tahun ini.

Pengarah Bollywood Sudipto Sen semasa sidang media filem The Kerala Story. - AFP

Pengkritik mendakwa filem ini dan lain -lain telah menjaja ‘pembohongan’ sehingga mencetuskan perpecahan termasuk memburuk-burukkan minoriti Islam menjelang pilihan raya yang dijangka berlangsung tahun depan.

"Saya akan mencadangkan seluruh parti politik mengambil kesempatan tayangan filem saya...gunakan untuk kepentingan politik anda,” kata pengarah, Sudipto Sen.

Sekian lama negara mengamalkan sistem demokrasi terbesar di dunia amat menitik berat berkaitan penapisan filem, tetapi pengkritik berkata peningkatan industri perfileman telah menerima semula filem berkaitan ideologi kerajaan Hindu, Perdana Menteri, Nerendra Modi.

Tambahan pula, sokongan besar dalam industri perfileman di India telah menjadikan ia sebagai medium untuk menyebarkan propaganda kepada orang ramai.

Semasa tempoh pemerintahan Modi, filem semakin digunakan untuk menyebarkan mesej dikongsi pemimpin politik yang boleh memecahbelahkan penduduk India.

"Perkara sama dilakukan dalam filem ini untuk membawa kebencian oleh rakyat...menimbulkan sikap prejudis terhadap golongan minoriti agama,” kata wartawan dan pengarang, Nilanjan Mukhopadhyay.

Filem punca pecah-belah

Penayangan The Kerala Story pada Mei lalu juga bertepatan dengan pilihan raya negeri di Karnataka.

Semasa pengundian membabitkan Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Modi, satu insiden membaling batu tercetus di negeri jiran, Maharashtra sehingga menyaksikan seorang maut.

Tambahan pula, Modi menyokong filem tersebut semasa perhimpunan pilihan raya sambil menuduh parti Kongres menyokong keganasan.

Penonton bergambar dengan poster filem tersebut di Mumbai. - AFP

Pengkritik berkata, filem bajet rendah itu terbabit dalam konspirasi ‘jihad-cinta’ yang menampikan lelaki Islam menggoda wanita Hindu.

Pembuat filem telah menarik balik dakwaan palsu bahawa 32,000 wanita Hindu dan Kristian dari Kerala telah direkrut kumpulan pelampau Islam atau Daesh.

"Bagaimana anda menyampaikan ideologi anda? Bagaimana anda menyampaikan kisah hidup dan pemimpin dan kerja mereka? Ini adalah cara kami melakukannya secara asasnya,” kata jurucakap BJP, Gopal Krishna Agarwal.

Dalam usaha menggalakkan penonton hadir menonton filem tersebut, dua kerajaan pimpinan BJP telah bertindak mengurangkan cukai dengan menjadikan tiket lebih murah. - AFP

Klik di sini untuk terus membaca