ISRAEL telah merobohkan atau merampas 56 bangunan milik Palestin termasuk enam rumah di Baitulmaqdis yang diduduki dan Kawasan C Tebing Barat. Perobohan secara sengaja dan sistematik itu hanya dilakukan dalam tempoh dua minggu sahaja.... Klik di sini untuk terus membaca

ISRAEL telah merobohkan atau merampas 56 bangunan milik Palestin termasuk enam rumah di Baitulmaqdis yang diduduki dan Kawasan C Tebing Barat.

Perobohan secara sengaja dan sistematik itu hanya dilakukan dalam tempoh dua minggu sahaja.

Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) mengesahkan perobohan dan rampasan itu berlaku antara 25 Julai dan 7 Ogos lalu.

Seperti biasa, pihak berkuasa Israel memberi alasan ia terpaksa dilakukan kerana kekurangan permit pembinaan.

Rakyat Palestin di wilayah yang diduduki sejak sekian lama sukar memperolehi permit bangunan, malah mereka dibebani dengan bayaran permit terlalu mahal menjadi punca penduduk mengambil risiko mendirikan struktur kediaman tanpa melalui pihak berkuasa Israel.

Menurut OCHA, tindakan itu telah menyebabkan lebih 20 penduduk Palestin kehilangan tempat tinggal, kebanyakannya kanak-kanak dan menjejaskan mata pencarian kira-kira 3,500 yang lain.

"Enam daripada struktur yang terjejas telah disediakan oleh penderma sebagai tindak balas kepada perobohan sebelum ini di perkampungan Badwi Az-Za’ayyem di wilayah Baitulmaqdis, di mana sejumlah 35 struktur telah dirobohkan dalam satu kejadian,” kata OCHA.

Tambah OCHA, 53 daripada struktur yang terjejas telah dirobohkan di Kawasan C, termasuk infrastruktur taman awam untuk komuniti al-Mughayyir di Ramallah.

Baki tiga bangunan telah dirobohkan di Baitulmaqdis Timur mengakibatkan empat isi rumah dipindahkan, terdiri daripada 16 orang, termasuk tujuh kanak-kanak.

"Semua struktur yang dirobohkan di Baitulmaqdis Timur telah dimusnahkan oleh pemiliknya untuk mengelakkan pembayaran denda kepada pihak berkuasa Israel,” kata laporan itu.

Permit bangunan terhad

Pemberian permit bangunan untuk penduduk Palestin semakin terhad dan semakin berkurangan iaitu hanya 10 peratus pada suku pertama tahun ini.

Biro Perangkaan Pusat Palestin menunjukkan jumlah keseluruhan permit bangunan yang dikeluarkan sepanjang tiga bulan pertama tahun ini hanya 2,530 termasuk 1,625 bagi permit pembinaan bangunan baharu.

Perobohan secara sengaja dan sistematik itu hanya dilakukan dalam tempoh dua minggu sahaja.
Perobohan secara sengaja dan sistematik itu hanya dilakukan dalam tempoh dua minggu sahaja.
Perobohan secara sengaja dan sistematik itu hanya dilakukan dalam tempoh dua minggu sahaja.
Perobohan secara sengaja dan sistematik itu hanya dilakukan dalam tempoh dua minggu sahaja.

Statistik baharu yang dikeluarkan itu menunjukkan 10 peratus pengurangan daripada permit yang dikeluarkan kepada penduduk Palestin suku keempat tahun lalu.

Malah, Biro Perangkaan Pusat Palestin mendedahkan data bilangan permit yang dikeluarkan pada suku pertama 2023 menurun sebanyak 18 peratus berbanding suku keempat tahun lalu.

Penduduk Palestin kini terlalu sukar untuk memperoleh permit bangunan terutama melibatkan kawasan di Timur Baitulmaqdis.

Bayaran permit yang dikenakan juga terlalu mahal sehingga menyebabkan penduduk tidak mampu untuk membayar selain menyebabkan permohonan tergantung untuk tempoh yang panjang.

Pakar PBB gesa masyarakat dunia bertindak

Pakar Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHRC) menggesa masyarakat dunia bertindak menghentikan lonjakan dramatik perobohan penempatan rakyat Palestin di Tebing Barat.

Pelapor Khas bagi hak asasi di wilayah Palestin berkata, perobohan kediaman rakyat Palestin secara sistematik, pembinaan penempatan haram Israel dan penafian secara sistematik terhadap permit bangunan untuk rakyat Palestin di Tebing Barat, adalah bersamaan dengan ‘demosid’.

"Serangan secara langsung ke atas kediaman, sekolah, mata pencarian dan sumber air rakyat Palestin adalah cubaan Israel untuk menyekat hak rakyat Palestin bagi menentukan nasib sendiri, serta mengancam kewujudan mereka,” kata pakar berkenaan dalam kenyataan itu.

Pada akhir tahun lalu, Pelapor Khas mengenai hak untuk perumahan, Balakrishnan Rajagopal menggesa supaya ‘demosid’ ditakrifkan sebagai pemusnahan besar-besaran dengan sewenang-wenang terhadap perumahan awam dalam konflik ganas di bawah undang-undang antarabangsa. - Agensi

INFO

- OCHA melaporkan, Israel telah merobohkan, memaksa penduduk tempatan merobohkan atau merampas lebih 300 bangunan milik Palestin di seluruh Tebing Barat dan Baitulmaqdis, dalam tempoh suku tahun pertama 2023.

- Pada Januari sahaja, pihak berkuasa Israel dilapor merobohkan 132 bangunan rakyat Palestin dalam 38 komuniti di Tebing Barat, termasuk 34 premis kediaman.

Klik di sini untuk terus membaca