Baru-baru ini, tular lagi di media sosial bahawa kerajaan negeri Selangor nak tutup 200 buah sekolah agama.
Hal ini bukan baharu, malah jadi modal dalam pilihan raya negeri baru-baru ini.
Apa yang Selangor nak buat adalah hendak pastikan sekolah tahfiz didaftarkan dan ikut peraturan serta jaga aspek keselamatan.
Ia bagi mengelakkan daripada berlaku lagi kebakaran yang memakan korban pelajar pada tahun 2017 di Maahad Tahfiz Ittifaqiyyah di Kuala Lumpur.
Ekoran kejadian itu, satu task-force telah ditubuhkan oleh kerajaan Selangor pada Disember 2021 untuk memperbaiki keadaan di negeri tersebut.
Banyak tahfiz muncul di merata tempat. Tanpa kawal selia sebaiknya, keadaan pusat-pusat itu boleh membahayakan pelajar dan pengajar.
Oleh sebab itu, ada satu garis panduan yang perlu dipatuhi mulai 1 Januari 2021.
Tuk Seri Amiruddin Shari pun macam dah fade-up tentang fitnah yang dilontarkan ke atas kerajaan negeri Selangor dalam isu ini. Tidak ada siapa yang peduli tentang aspek keselamatan dan kebajikan pelajar tetapi semuanya nak gunakan isu ini untuk tujuan politik.
Baginda Sultan Selangor sendiri prihatin akan hal ini. Baginda mahukan sekolah tahfiz swasta yang tidak berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ditutup serta ditamatkan perkhidmatannya pada tahun 2018 lagi.
Patutnya yang buat fitnah itu turun padang bantu kerajaan negeri, perbaiki sistem sekolah tahfiz sedia ada. Atau berikan bantuan secukupnya untuk mereka beroperasi.
Klik di sini untuk terus membaca