Pandangan beberapa buah NGO Melayu/Islam yang mahukan sebuah kerajaan perpaduan tanpa DAP nampaknya hangat diperkatakan.
Memang kita semua tahu DAP menjadi punching bag dan dimomok-momokkan oleh sesetengah pihak. Tak kiralah apa pun yang DAP buat tapi kecaman ke atasnya tidak akan berkurang. Apa sahaja masalah dibebankan pada DAP.
Awang faham sentimen negatif terhadap parti itu. Mungkin juga ada asasnya disebabkan sikap pemimpin lama mereka.
Tapi DAP hari ini, sudah jauh berbeza. Tambahan pula DAP nampaknya sudah jadi parti pilihan utama bagi orang Cina apabila MCA dan Gerakan dah tinggal nyawa-nyawa ikan sahaja.
Dalam keadaan sokongan orang Cina terhadap DAP sekarang, apakah kita nak ketepikan langsung parti itu? Melainkan parti itu terang-terang anti-Melayu, anti-Islam atau tolak sistem beraja. Oleh sebab marahkan DAP, takkan kita nak ketepikan kaum kedua terbesar di negara ini?
Awang setuju dengan pandangan Dr Mazman Ali dari UTM bahawa pembentukan kerajaan pakatan berasaskan satu kaum suatu yang berbahaya bagi negara ini.
Kerajaan perpaduan yang dipimpin oleh Tuk Seri PM mungkin tak sempurna tapi buat masa ini, itulah yang terbaik bagi negara ini.
Klik di sini untuk terus membaca