SHAH ALAM - Malaysia kerugian kira-kira RM3.2 bilion sepanjang tahun lalu akibat harta benda yang musnah dalam kebakaran di seluruh negara. Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), secara purata dianggarkan RM180,000 nilai... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Malaysia kerugian kira-kira RM3.2 bilion sepanjang tahun lalu akibat harta benda yang musnah dalam kebakaran di seluruh negara.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), secara purata dianggarkan RM180,000 nilai kerugian harta benda akibat kebakaran direkodkan setiap hari.

Nilai kerugian harta benda ini boleh dianggap sebagai satu pembaziran kepada pendapatan individu dan ekonomi negara.

Bagi membendung bencana tersebut, JBPM Negeri Selangor telah melaksanakan pemeriksaan ke atas 1,752 premis kerajaan dan swasta sebagai langkah pencegahan kebakaran.

Pengarah Bomba Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, jumlah itu direkodkan dalam tempoh enam bulan tahun ini bermula Januari lalu.

Wan Md Razali
Wan Md Razali

Beliau berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 1,720 adalah melibatkan premis swasta manakala selebihnya membabitkan bangunan-bangunan kerajaan.

Kata beliau, pemeriksaan perakuan bomba itu melibatkan premis seperti perpustakaan, hospital atau rumah rawatan, hotel, asrama atau domitori, pejabat, kedai, kilang, tempat perhimpunan serta stor.

"Bagi tempoh ini, JBPM Selangor telah menjalankan 686 pemeriksaan bagi tujuan menghapus bahaya kebakaran (MBK).

"Sebanyak 485 pemeriksaan pertama telah dilaksanakan, menyaksikan 63 buah premis telah dikeluarkan notis amaran.

Seorang anggota bomba dipersiapkan bagi menggalas beban sebelum menaiki tangga semasa program UKTK-Big Bang.

"Ia melibatkan kesalahan perubahan struktur, tidak mematuhi peraturan atau kehendak kebombaan serta tidak memasang keselamatan kebakaran,” katanya eksklusif ketika ditemui Sinar Harian pada program Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan (UKTK - Big Bang) Peringkat Kebangsaan 2023 di Ibu Pejabat JBPM Negeri Selangor, Bukit Jelutong dekat sini baru-baru ini.

Selain itu katanya, sejumlah 229 notis Borang A telah dikeluarkan sewaktu MBK dilakukan melibatkan pelbagai kesalahan.

Tambah beliau, terdapat 73 pemeriksaan semula telah dijalankan oleh bomba Selangor bagi memastikan notis yang dikeluarkan terdahulu telah dipatuhi oleh pemilik premis.

Selain itu beliau berkata, ketika pelaksanaan MBK, dikesan berlaku pelanggaran undang-undang seperti akses atau pili bomba yang terhalang dan tiada pemasangan keselamatan kebakaran.

"Kita telah memberi notis atau tempoh untuk melakukan baik pulih dilaksanakan oleh pihak bomba dan jika terdapat kesalahan yang masih gagal dipatuhi, maka tindakan pendakwaan akan dijalankan.

"Daripada jumlah keseluruhan pemeriksaan MBK sehingga Jun itu, sebanyak 39 pendakwaan telah dilakukan oleh JBPM Negeri Selangor,” ujar Wan Md Razali.

Anggota JBPM Negeri Selangor melakukan pengendalian tangga semasa program UKTK-Big Bang peringkat kebangsaan 2023 di Ibu Pejabat JBPM Negeri Selangor, Bukit Jelutong dekat sini baru-baru ini.

PERIKSA SIJIL PERAKUAN, PELESENAN

Dalam pada itu, JBPM Selangor turut menjalankan 481 pemeriksaan dalam tempoh enam bulan sehingga Jun lalu bagi tujuan sokongan pengeluaran sijil perakuan bomba.

Katanya, malah dalam tempoh itu, pihaknya telah menerima 618 permohonan bagi tujuan pembaharuan sijil perakuan bomba.

"Sebanyak 330 premis disokong diberi pengeluaran sijil perakuan bomba, manakala 119 ditolak atau tidak disokong disebabkan pelbagai kesalahan.

"Perakuan bomba perlu diperbaharui oleh setiap pemilik premis pada setiap tahun dan kami amat memberi fokus dan tumpuan ke atas perakuan ini,”ujarnya.

Bagi tempoh itu juga, Wan Md Razali berkata, pihaknya telah menjalankan sebanyak 3,179 pemeriksaan bagi tujuan pelesenan.

Petugas JBPM Negeri Selangor melakukan pemeriksaan keselamatan di sebuah premis bagi memastikan pematuhan peraturan dilaksanakan oleh orang ramai.

Jelasnya, sejumlah 2,712 premis telah mendapat kelulusan disokong, manakala kira-kira 467 buah premis tidak disokong kelulusan permohonan disebabkan pelbagai kesalahan.

"Stor atau gudang mencatatkan jumlah tertinggi bagi tujuan mendapatkan kelulusan pelesenan iaitu melibatkan 627 permohonan, diikuti kilang (422), kedai am atau perniagaan (398) serta taman asuhan atau tadika sebanyak 319,” katanya.

Selain itu menurutnya, pemeriksaan sokongan menduduki bangunan (CCC) pada tahun ini adalah sebanyak 382.

Membawa beban berupa tong pemadam api antara ujian yang harus ditempuhi semua anggota dan pegawai terlibat dalam program UKTK-Big Bang peringkat kebangsaan 2023 di Ibu Pejabat JBPM Negeri Selangor, Bukit Jelutong dekat sini baru-baru ini.

"Sebanyak 318 premis telah disokong pengeluaran G8 dan G9 bagi tujuan CCC, manakala 64 gagal mendapatkannya kerana tidak mematuhi kehendak-kehendak Pepasangan Keselamatan Kebakaran,” ujarnya.

Selain itu, Wan Md Razali berkata, pihaknya berusaha meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat supaya lebih peka terhadap bahaya kebakaran.

Menurut beliau, pelbagai program kesedaran dan kempen keselamatan dijalankan bagi mendidik masyarakat termasuk pelajar sekolah.

Kata beliau, meskipun perjawatan kira-kira 1,700 anggota dan kakitangan guna sama di JBPM Negeri Selangor ketika ini, pihaknya berusaha memberikan yang terbaik kepada masyarakat di negeri itu.

Tambahnya, bebanan kerja dan nisbah kerosakan aset yang dihadapi pada masa ini adalah agak tinggi, sedangkan perkembangan serta lokasi perumahan di Selangor semakin padat saban tahun.

Beliau berkata, terdapat 76 buah jentera bomba yang boleh memenuhi kehendak atau permintaan semasa di Selangor, termasuk daripada pelabuhan serta industri berat yang banyak di negeri ini

"Tidak lebih daripada 60 peratus jentera bomba boleh digunakan ekoran kadar kerosakan yang tinggi apabila sering menerima kekerapan panggilan kecemasan.

"JBPM Negeri Selangor mencatat panggilan kecemasan paling tinggi di negara ini bagi tujuan khidmat kemanusiaan, penyelamatan serta aktiviti pemadaman kebakaran dan keperluan jentera adalah sangat mendesak bagi memenuhi semua panggilan itu,” ujarnya.

Menurut Wan Md Razali, terdapat 38 buah balai bomba di seluruh Selangor dan jumlah itu masih belum mencukupi.

Jelas beliau, masih terdapat beberapa buah kawasan atau daerah di Selangor yang memerlukan balai bomba.

Katanya, antara daerah yang perlu dibina balai bomba adalah di Hulu Selangor, Hulu Langat, Tanjung Sepat, Kuala Selangor, Serendah serta Batang Kali.

"Ini kerana jarak yang agak jauh dari balai bomba terdekat untuk tiba dengan segera di lokasi-lokasi tersebut.

"Oleh sebab itu, ia menjadi satu keperluan mendesak untuk membina sebuah balai bomba di lokasi-lokasi berkenaan agar bantuan segera boleh diberikan,” ujar beliau.

Katanya, masa bertindak bagi sesuatu panggilan kecemasan iaitu di bawah 10 minit yang boleh dicapai oleh JBPM Negeri Selangor adalah sekitar 63 peratus.

Jelasnya, perkara itu disebabkan oleh kesesakan pada waktu puncak, jarak yang jauh dan penempatan yang padat di Selangor.

Membawa beban berupa dua tong air antara ujian yang harus ditempuhi semua anggota dan pegawai terlibat dalam program UKTK-Big Bang peringkat kebangsaan 2023 di Ibu Pejabat JBPM Negeri Selangor, Bukit Jelutong dekat sini baru-baru ini.

TUGAS BOMBA PERLUKAN KEKUATAN, KEMAHIRAN

TUGAS untuk memadam kebakaran dan menyelamat memerlukan kekuatan fizikal, psikologi dan keperluan taktikal yang sangat unik.

Pengarah Bahagian Latihan JBPM Putrajaya, Datuk Norazam Khamis berkata, bukan hanya cergas secara umum dan mengetahui kemahiran serta teknik asas, namun semua petugas kebombaan perlu lebih agresif dalam memantapkan kebolehan masing-masing.

"Seorang pegawai bomba harus kompeten melaksanakan tugas dengan baik dan cemerlang termasuk di lapangan.

"Selaras dengan keperluan jabatan dalam melaksanakan analisis keperluan latihan bagi membina kerangka program latihan yang lebih efektif, beberapa kaedah penilaian telah dibangunkan secara khusus.

"Pelaksanaan tersebut sangat penting untuk menilai asas pemadaman dan penyelamatan bagi pegawai gred KB19 sehingga KUP22 yang terlibat secara penuh dalam gerak kerja pelaksanaan operasi di lapangan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan pelancaran UKTK-Big Bang peringkat kebangsaan 2023 di Ibu Pejabat JBPM Negeri Selangor, Bukit Jelutong baru-baru ini.

Beliau berkata, UKTK merupakan kaedah penilaian yang dilaksanakan secara simulasi kepada keperluan fungsi tubuh yang spesifik.

Katanya, perkara itu melibatkan daya tahan kardiovaskular maksimum, kekuatan dan kuasa otot, ketangkasan, kelajuan, kecepatan dan koordinasi tubuh serta imbangan.

Norazam (tengah, bertopi) bersama Wan Md Razali bergambar kenangan bersama anggota dan pegawai JBPM Negeri Selangor pada majlis pelancaran UKTK-Big Bang peringkat kebangsaan 2023 di Ibu Pejabat JBPM Negeri Selangor, Bukit Jelutong dekat sini baru-baru ini.

"Aktiviti wajib yang perlu dilakukan oleh setiap anggota bomba dalam pelaksanaan UKTK-Big Bang ini adalah pengendalian tangga dan hos, pemakaian peralatan perlindungan diri (PPE), menguruskan mangsa serta alatan dan memotong serta membuka laluan.

"Kaedah penilaian ini adalah selaras dengan panduan yang disarankan melalui artikel NFPA 1582, 1583, 1001 dan 1041,” ujar beliau.

Tambahnya lagi, selain bertujuan mengumpulkan data, objektif pelaksanaan UKTK-Big Bang secara serentak bertujuan membudayakan pelaksanaan ujian di peringkat JBPM negeri.

Beliau berkata, ia bagi memastikan pegawai-pegawai JBPM negeri sentiasa berada dalam keadaan bersiap sedia menjalankan tugasan dengan penuh kecekapan serta tangkas.

"Berdasarkan data dan maklumat penilaian seumpama ini ditambah dengan penguatkuasaan bersama dengan sistem kejurulatihan bersistematik, ia diharap dapat menghasilkan impak yang baik.

"Selain itu, resipi program latihan yang berasaskan bukti saintifik melalui jadual tugas harian atau sistem tugas balai, satu pencapaian cemerlang akan dikecapi semasa operasi kebombaan di lapangan,” katanya.

Tambah beliau, pelaksanaan program seumpama itu bagi memastikan kemampuan pegawai-pegawai JBPM sentiasa berada pada tahap terbaik.

"Kesiapsiagaan semua pihak yang terlibat amatlah dihargai oleh pihak jabatan menerusi semangat dan komitmen ditunjukkan.

"Ini menunjukkan masyarakat tidak perlu bimbang dengan kemampuan pegawai-pegawai JBPM dari sudut komitmen melaksanakan apa juga tugasan yang diarahkan,” tambah beliau.

Klik di sini untuk terus membaca