RAMAILAH orang yang terkejut dengan kenyataan Menteri Besar Kelantan, Tuk Mohd Nassaruddin Daud baru-baru ini.
Sewaktu menyampaikan kuliah di Kota Bharu, beliau berkata, kedua-dua wakil rakyat bukan PN/Pas yang menang di Kelantan ‘melawan perjuangan Islam’.
Teruklah beliau dikecam oleh sebab begitu mudah melabelkan sesiapa sahaja yang menentang partinya sebagai menentang perjuangan Islam.
Seolah-olah hak untuk memperjuangkan Islam itu hanya Pas.
Dalam pilihan raya negeri lalu, dua Ahli Dewan Undangan bukan daripada PN-Pas iaitu Mohd Syahbuddin Hasyim yang mewakili Galas dan Dr Hafidzah Mustakim yang mewakili Kota Lama.
MB Kelantan patutnya tunjuk semangat ukhuwah dan berlapang dada. Partinya dah menang 43 dari 45 kerusi yang ditandingi.
Patut sangat bersyukur dengan kemenangan itu. Dia MB semua orang Kelantan, bukan MB Pas sahaja. Tapi sebaliknya menghiris hati lawan.
Pas adalah parti politik. Macam parti lain juga Pas nak menang. Cuma Pas guna Islam untuk menang. Bila dah menang kenalah menghulur tangan persahabatan.
Apa pun orang cakap pasal MB Kedah, dia ambil sikap berlapang dada, minta maaf dan memaafkan.
Awang nak tahu komen orang kuat PN, Tan Sri Muhyiddin dalam soal ini. Sudah tentulah jika Bersatu tak sama dengan Pas, orangnya pun akan dilabel menentang perjuangan Islam oleh MB.
Padanlah Muhyiddin pernah kata macam-macam tentang Pas.
Klik di sini untuk terus membaca