PENGUNDI muda memainkan peranan cukup besar kepada penentu kemenangan sesebuah parti pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram pada 9 September depan. Pensyarah Kanan, Pusat Perdana Fakulti... Klik di sini untuk terus membaca

PENGUNDI muda memainkan peranan cukup besar kepada penentu kemenangan sesebuah parti pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram pada 9 September depan.

Pensyarah Kanan, Pusat Perdana Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali berkata, ini kerana berdasarkan rekod Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pengundi terbesar di kedua-dua kawasan tersebut ialah pengundi muda berusia di bawah 40 tahun.

Jelasnya, data berkenaan memberi gambaran pengundi muda boleh mempengaruhi keputusan memandangkan jumlah mereka yang besar selain mampu bersuara secara dan menyatakan pandangan menerusi pilihan raya yang diadakan.

"Dari segi kedudukan pula, Parlimen Pulai mempunyai dua DUN Perling dan Kempas di mana kawasan ini terletak di tengah bandar Johor Bahru dan Iskandar Puteri yang pesat membangun.

Selain itu, ramai juga anak muda yang mencari rezeki di Singapura tinggal di kawasan Perling dan Kempas.

"Manakala DUN Simpang Jeram yang terletak di daerah Muar dilihat mempunyai banyak-banyak pekan-pekan kecil dan kawasan kampung. Kemungkinan ramai yang bekerja di luar seperti Johor Bahru dan Kuala Lumpur,” katanya pada Selasa.

Menurut Mazlan, usaha juga perlu dilakukan untuk menarik pengundi muda yang bekerja di luar, pulang untuk melaksanakan tanggungjawab mereka pada hari mengundi.

"Pengundi muda berusia 18 tahun, corak undian mereka ini dilihat mengikut ibu bapa manakala bagi usia 40 tahun, faktor keinginan mengundi banyak dipengaruhi oleh media sosial.

"Sebagai contoh sewaktu pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri baru-baru ini, media sosial seperti Facebook, TikTok, Instagram, Twitter banyak digunakan parti-parti yang bertanding,” jelasnya.

Mazlan juga berpendapat sokongan pengundi Melayu masih penting untuk calon menang, meskipun komposisi kaum Melayu dan Cina hampir seimbang di Parlimen Pulai, manakala di DUN Simpang Jeram pengundi Melayu lebih ramai daripada pengundi kaum lain.

Menurutnya, Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) mempunyai kelebihan di Parlimen Pulai kerana undi bukan Melayu terutama kaum Cina ‘solid’ kepada siapa pun yang diletakkan sebagaimana pada pilihan raya sebelum ini.

"Bagaimanapun di Simpang Jeram berbeza, dengan peluang untuk menang bagi Perikatan Nasional (PN) dan PH-BN, 50-50, di mana faktor kawasan berdekatan berdekatan dengan Pagoh yang menjadi kubu Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh menjadi kelebihan kepada PN.

"Jika dilihat pada undi PRU15, ketika itu PH dan BN bersaing di Parlimen Pulai, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub daripada Amanah yang mewakili PH menang dengan majoriti besar lebih 33,000 undi. Tetapi sekarang PH-BN bergabung, ia memberi kelebihan kepada gabungan itu.

"Maka pada PRK kali ini, sudah tentu pencabar utamanya adalah PN. Pertandingan dua penjuru ini saya nampak PH-BN boleh pertahankan kerusi tersebut,” jelasnya.

Klik di sini untuk terus membaca