APABILA timbul kontroversi tema dan logo Hari Kebangsaan 2023, teringatlah Awang nasihat seorang presiden Indonesia satu masa dulu. Kata beliau: "akan rosaklah negara jika kita tidak boleh setuju dengan soal paling dasar, manifestasi patriotisme”.
Nampaknya kita sudah sampai pada tahap itu. Kita begitu berpecah sehinggakan kita tidak boleh setuju logo dan tema hari kemerdekaan.
Bila Ketua Pemuda Pas umumkan logo dan tema Hari Kebangsaan untuk empat negeri, ramai marah padanya.
Kita jangan lupa, Tuk Seri Anwar Ibrahim semasa jadi pembangkang dulu pun pernah tak setuju tema Hari Kebangsaan pada era pemerintahan Barisan Nasional (BN).
Pada tahun 2012, tema PKR adalah ‘Sebangsa, Senegara, Sejiwa’ sedangkan tema rasmi kerajaan di bawah Bossku Tuk Seri Najib adalah ‘55 Tahun Merdeka: Janji Ditepati’.
‘Janji ditepati’ adalah slogan BN masuk ke pilihan raya 2013.
Bukanlah Awang nak menyebelah mana-mana pihak. Tapi kerajaan patut elak guna ayat atau frasa yang nampaknya memihak, macam ‘janji ditepati’ atau ‘Malaysia Madani’.
Perkataan ‘Penuh Harapan’ itu pun gambaran gabungan parti memerintah.
Macam tema 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa' cadangan Anwar tahun 2012, semua boleh terima. Tak mungkin ada kontroversi.
Klik di sini untuk terus membaca