SHAH ALAM - Blok kerajaan dan pembangkang dijangka berdepan persaingan sengit bagi ketiga-tiga pilihan raya kecil (PRK) di Johor dan Pahang kerana ketika ini tiada signal jelas dalam menentukan sama ada kerusi dipertandingkan dapat dikekalkan penyandang atau sebaliknya.
Penganalisis Politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr Sivamurugan Pandian berkata, sukar untuk dipastikan potensi kemenangan ketika ini meskipun dikatakan 'gelombang hijau' pilihan raya negeri (PRN) lalu akan menular di PRK Parlimen Pulai, Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram Johor dan DUN Pelangai, Pahang.
"Saya rasa pengundi Melayu sekitar 53 peratus. Jadi bagi PN sudah pasti mereka mahu melihat sama ada sokongan orang bukan Melayu berubah kepada mereka atau tidak.
"Bagi PH-BN pula mahu lihat sokongan orang Melayu (meningkat) di samping mengekalkan (sokongan) yang bukan Melayu,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.
Beliau berkata, tiga PRK berkenaan akan menguji sejauh mana pola pengundian orang Melayu dapat dikekalkan atau berubah.
Klik di sini untuk terus membaca