AWANG fikir kerajaan hari ini kena fikir masak-masak cara nak pujuk hati pengundi. Nampaknya cara lama dah tak jalan. Kena belajar dari pengalaman Barisan Nasional (BN) dalam kerajaan dulu. Apa yang BN dan UMNO tak buat untuk rakyat? Apa... Klik di sini untuk terus membaca

AWANG fikir kerajaan hari ini kena fikir masak-masak cara nak pujuk hati pengundi.

Nampaknya cara lama dah tak jalan. Kena belajar dari pengalaman Barisan Nasional (BN) dalam kerajaan dulu.

Apa yang BN dan UMNO tak buat untuk rakyat? Apa dasar yang tidak memihak pada orang Melayu?

Tapi bila sampai masanya rakyat tolak juga. Bermula dari 2008, pengaruh BN dan UMNO semakin merosot hinggalah jatuh kerajaan BN dan UMNO tahun 2018.

Apabila terasa pengaruhnya dalam kalangan pengundi terhakis, BN janji dan beri lebih banyak.

Banyak isyarat dah ditunjukkan kalau ambil iktibar kekalahan BN dan UMNO. Tapi soal amanah dan takbir urus buat BN hilang kepercayaan di kalangan rakyat.

Dalam PRU15, PH kalah di Parlimen Putrajaya. Apakah tandanya kakitangan kerajaan sendiri tak bersama PH?

Dalam PRN lalu, tentera dan polis khabarnya tak beri undi majoriti pada PH. Apa yang Tuk Seri PM tak janjikan dan beri pada mereka?

Awang fikir, cara janji dan beri ini dah tak sesuai lagi sebagai kempen. Awang teringat kata Almarhum Tan Sri Nik Aziz pada penyokong partinya, beri kain dan duit ambil, tapi tetap pangkah Pas.

Bijak pandai di sekeliling PM kenalah carikan kaedah baharu.

Klik di sini untuk terus membaca