AWANG kesian juga kepada Menteri Besar Selangor akibat isu Skim Insurans Percuma Selangor (Insan). Inilah bak kata orang, niat baik sahaja bukan ukurannya.
Memang bagus sangat Insan. Ia polisi insurans kemalangan diri berkelompok untuk enam juta rakyat Selangor daripada mereka yang berusia 30 hari hingga 80 tahun.
Skim insurans percuma itu khabarnya punya nilai perlindungan sebanyak RM60 bilion.
Malang sekali ada dakwaan ia bersalahan dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
Ada yang kata, wujud pihak yang salah guna data peribadi mereka yang didaftarkan secara automatik dalam skim ini.
Ada juga yang bertanya mengapa data SPR yang digunakan untuk tujuan itu? Sedangkan sepatutnya kerajaan negeri ambil data dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Oleh sebab data itu dari SPR, maka timbullah soalan apakah tujuannya untuk digunakan dalam pilihan raya?
Awang berpandangan, Insan perlu dipertahankan oleh sebab ia perlu dan relevan masa ini. Tapi patut sangatlah dikaji semua aspek sebelum dilaksanakan. Takut pula isu ini jadi skandal baharu pada kerajaan negeri.
Awang juga mahu kerajaan negeri kaji semula apakah wajar pendaftaran insurans ini dibuat automatik? Sebaliknya hanya berikan pada mereka mahu dan yang memohon?
Yang tak mahu, tak payah mohon atau daftar.
Klik di sini untuk terus membaca