KHABAR angin di Malaysia selalunya bak pokok yang bergoyang disebabkan memang ada angin.
Kata orang, khabar angin 85 peratus betul di Malaysia. Oleh sebab itu, apabila ada khabar angin mengatakan beberapa ahli Parlimen nak lepaskan kedudukan mereka untuk paksa pilihan raya kecil (PRK), Awang tak terkejut sangat.
Tambah kuat khabar angin itu apabila Tuk Lokman Adam dedah dalam podcast beliau, sekurang-kurangnya 10 orang akan berbuat demikian. Khabarnya, orang BN termasuk seorang dari Sabah. Tentulah tujuannya nak pressure Tuk Seri PM dan kerajaannya.
Khabarnya 10 orang ini yakin jika ada PRK, calon kerajaan akan kalah.
Awang bukanlah nak komen lanjut komplot seperti ini. Cuma Awang nak ingatkan kesannya pada rakyat.
Tak habis-habis kita berpolitik. Lepas PRU, jumpa PRN, lepas itu PRK pula.
Berapa banyak duit habis buat pilihan raya? Berapa banyak tenaga terbuang? Bila masanya nak bantu rakyat? Orang politik boleh paksa PRK tapi hidup rakyat macam mana? Kalau keadaan ekonomi macam sekarang berterusan, apa untungnya kepada rakyat?
Awang nak ingatkan sesiapa di belakang komplot sebegitu, fikirlah masak-masak. Malaysia ini negara kecil dan sedang membangun. Kita tak mampu nak buat langkah itu dan ini serta komplot itu dan ini.
Utamakan rakyat. Kan ‘Yang Berhormat’ pada jawatan itu tugasnya ‘berkhidmat?’Apa lagi ahli Parlimen yang nak berkomplot itu mahu?
Klik di sini untuk terus membaca