DI negara kita, nak pasang bendera pada hari memperingati kemerdekaan pun perlukan kempen. Di jalan raya, nak cari kereta yang pasang bendera pun payah. Di kedai-kedai, kalau pihak kerajaan tempatan tak keluar arahan, tak berkibarlah Jalur... Klik di sini untuk terus membaca

DI negara kita, nak pasang bendera pada hari memperingati kemerdekaan pun perlukan kempen.

Di jalan raya, nak cari kereta yang pasang bendera pun payah. Di kedai-kedai, kalau pihak kerajaan tempatan tak keluar arahan, tak berkibarlah Jalur Gemilang. Rumah kediaman tak payah ceritalah.

Nampaknya begitulah patriotisme cara kita. Bandingkan dengan semangat kebangsaan rakyat Indonesia. Di mana-mana jumpa orang Indonesia, kita tahu mereka orang Indonesia tak kira dari suku kaum apa. Mereka bercakap bahasa Indonesia. Mereka pakai batik Indonesia.

Amerika Syarikat (AS) adalah negara yang berbelah akibat politik dan kaum. Tapi patriotisme rakyatnya tak boleh lawan. Imej bendera mereka di mana-mana – walaupun dalam filem atau sewaktu mereka berarak menentang kerajaan yang memerintah.

Kita nampaknya berbalah politik dan berbelah akibat kaum dan agama. Patutnya pada Hari Kebangsaan kita lupakan semua itu.

Sambutan Hari Kebangsaan bukan sambutan kerajaan yang memerintah, sepatutnya sambutan untuk pembangkang juga. Jangan kerajaan sahaja yang merayakannya, pembangkang juga patut dijemput di pentas melihat perarakan.

Pada semua rakyat Malaysia, Selamat Hari Kemerdekaan.

Klik di sini untuk terus membaca