APABILA pindaan perlembagaan untuk menurunkan usia mengundi kepada 18 tahun diluluskan dengan sokongan sebulat suara di kedua-dua dewan Parlimen – kali pertama dalam sejarah – pada Julai 2019, saya memuji usaha masyarakat sivil... Klik di sini untuk terus membaca

APABILA pindaan perlembagaan untuk menurunkan usia mengundi kepada 18 tahun diluluskan dengan sokongan sebulat suara di kedua-dua dewan Parlimen – kali pertama dalam sejarah – pada Julai 2019, saya memuji usaha masyarakat sivil (terutamanya Undi18) yang menerajuinya dan Ahli Parlimen yang menyokongnya yang mana Syed Saddiq Abdul Rahman (Menteri Belia dan Sukan ketika itu) paling menonjol.

Usaha ini, bersama dengan pendaftaran pemilih automatik meningkatkan jumlah pengundi di seluruh negara sebanyak 5.8 juta orang kepada keseluruhan 21.1 juta pengundi.

Sejak diwartakan, kita telah mengadakan pilihan raya umum pada November 2022 untuk memilih wakil ke Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri di semua negeri kecuali Sabah dan Sarawak (yang masing-masing mempunyai pilihan raya pada September 2020 dan Disember 2021) dan enam negeri yang menyaksikan pilihan raya diadakan pada awal bulan ini.

Terdapat analisis bagaimana pengundi kali pertama ini mengundi. Dengan kesukaran untuk mencapai data yang dapat dipertikaikan, teori dikeluarkan berbeza-beza.

Tema utama adalah media sosial memainkan peranan penting terutamanya video TikTok yang berpaksikan kaum dan agama.

Video-video lain mendakwa rasuah berleluasa dengan wang tunai ditawarkan secara langsung untuk undi.

Ada juga yang menunjukkan kempen oleh golongan muda mengenai isu dasar awam seperti peluang ekonomi, pendidikan dan alam sekitar.

KURANG PENDIDIKAN DAN PRAMATANG

Beberapa pengulas yang tidak berpuas hati dengan cara pengundian golongan muda, sejak itu mencadangkan agar penurunan umur mengundi harus ditarik balik atas dasar mereka tidak matang atau tidak berpendidikan. Saya tidak fikir itu adalah idea yang bijak.

Pertama, ia mewujudkan satu duluan (precedent) mengerikan dari segi menghapuskan hak yang telah diberikan Perlembagaan Persekutuan.

Kedua, ia menunjukkan sikap partisan, kerana penyokong ini berpendapat golongan muda mengundi dengan cara 'salah'.

Ketiga, ini satu penyelesaian yang malas kerana walaupun mereka mengundi dengan cara yang 'salah', sudah tentu penyelesaian lebih mampan adalah menggunakan penaakulan dan logik untuk memenangi mereka dan bukannya dikecualikan daripada proses itu.

Secara idealnya, sudah lama anak muda tempatan mempunyai asas menyeluruh terhadap Perlembagaan Persekutuan, fungsi institusi diwujudkannya selain prinsip seperti demokrasi, federalisme dan kedaulatan undang-undang – dan bagaimana konsep ini wujud di rantau kita sebelum kedatangan kuasa asing.

Pembaca akan tahu saya membuat perkara di atas pada setiap peluang.

Pada majlis konvokesyen awal bulan ini, saya perhatikan banyak tangan menerima skrol mereka daripada saya dengan jari dibasahi dakwat (dan rambut yang diwarnakan).

Mereka telah mengundi dalam pilihan raya negeri dan dalam ucapan, saya menekankan bagaimana walaupun ramai graduan akan terus menjadi doktor, jurutera, arkitek, pereka grafik dan pemuzik yang cemerlang adalah penting untuk mereka mengikuti perkembangan politik yang akan menentukan konteks sumbangan mereka.

PENGARUH DAN JASA AHLI POLITIK

Sekali-sekala ada seorang anak muda Malaysia yang luar biasa berada di puncak bidang mereka di peringkat antarabangsa, memberi inspirasi sama ada muda dan tua.

Saya gembira melihat Tengku Irfan kembali mengiringi Orkestra Filharmonik Malaysia di Konsert Gala Perak, memainkan Konserto Piano Kedua Liszt.

Seperti biasa, dia membuat himpunan tersebut kelihatan mudah dan dalam sorak pintanya termasuk penghormatan luar biasa kepada orkestra yang dilahirkan seperti beliau pada 1998.

Terdapat ramai lagi pemuzik muda Malaysia hebat dan saya tidak sabar memasukkan Kuartet Seremban yang cemerlang dalam kejohanan skuasy dianjurkan Persatuan Skuasy Negeri Sembilan.

Trofi Tuanku Muhriz berlangsung sejak 2020 tetapi acara kali ini dinaik taraf kepada PSA Challenger Tour 15. Bermakna terdapat lebih banyak hadiah wang dan mata ranking untuk diperoleh berbanding sebelum ini.

Sudah tentu, ini adalah acara skuasy terbesar pernah disaksikan di Negeri Sembilan dan berlangsung di pusat skuasy yang diperbaharui terdiri daripada lapan gelanggang bersandar kaca (termasuk empat yang boleh bertukar menjadi dua gelanggang beregu) dan satu gelanggang pertunjukan arena kaca sepenuhnya – menjadikannya kemudahan skuasy terbaharu dan terbaik di negara ini pada masa ini.

Saya berterima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan (dan menteri-menteri terdahulu), kerajaan Negeri Sembilan dan banyak penaja swasta kerana menyokong pembesaran ini.

Sudahnya, kita akan melihat bagaimana pemain muda Malaysia mendapat manfaat daripada latihan lebih baik dan peluang untuk bersaing dalam kejohanan kerana ia adalah normalisasi persaingan yang menyediakan mereka untuk perkara lebih besar.

Sudah tentulah bukan semua orang adalah ahli muzik yang hebat atau atlet yang sedang berkembang pesat.

Sesetengah orang berkembang pesat dalam kehidupan dalam bidang lain dan hal itu juga berharga.

Baru-baru ini, saya bergaul dengan anak sepupu dan anak-anak kawan. Saya sentiasa diingatkan bahawa keputusan dibuat ahli politik akan sangat mempengaruhi sama ada mereka mencapai potensinya atau tidak.

Disebabkan tiada pilihan raya yang dijadualkan untuk beberapa tahun, saya berharap ahli politik di semua pihak akan melabur dalam projek jangka panjang itu dan bukannya kejayaan jangka pendek mereka.

* Tunku Zain Al-‘Abidin ialah Presiden Persatuan Squash Negeri Sembilan

Klik di sini untuk terus membaca