PENCEMARAN udara lebih merbahaya kepada kesihatan orang biasa di bumi berbanding rokok atau alkohol, menurut kajian yang diterbitkan pada Selasa. Penyelidik dari Institut Dasar Tenaga di Universiti Chicago (EPIC) menyatakan kekesalan bahawa... Klik di sini untuk terus membaca

PENCEMARAN udara lebih merbahaya kepada kesihatan orang biasa di bumi berbanding rokok atau alkohol, menurut kajian yang diterbitkan pada Selasa.

Penyelidik dari Institut Dasar Tenaga di Universiti Chicago (EPIC) menyatakan kekesalan bahawa tahap pembiayaan untuk mengekang pencemaran hingga membawa penyakit serius telah diketepikan negara-negara terlibat.

Menurut laporan tahunan Indeks Kehidupan Kualiti Udara (AQLI) menunjukkan pencemaran udara zarah halus yang timbul daripada pelepasan asap kenderaan, industri dan kebakaran hutan kekal sebagai ‘ancaman luaran paling besar kepada kesihatan awam’.

Sekiranya dunia mengurangkan bahan pencemar secara kekal bagi memenuhi had garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), purata jangka hayat manusia akan bertambah 2.3 tahun.

Zarah-zarah halus dikaitkan dengan penyakit paru-paru, jantung, strok dan kanser.Sebagai perbandingan, penggunaan tembakau akan mengurangkan jangka hayat global sebanyak 2.2 tahun, manakala kekurangan zat makanan ibu dan kanak-kanak adalah 1.6 tahun.

Pelepasan asap industri tidak terkawal menyumbang kepada pencemaran udara. - Agensi
Pelepasan asap industri tidak terkawal menyumbang kepada pencemaran udara. - Agensi

Negara paling terjejas teruk ialah negara Asia dan Afrika kerana mereka mempunyai infrastruktur paling lemah untuk menyampaikan data tepat kepada rakyatnya. Selain itu, negara tersebut hanya menerima dana kecil daripada dermawan yang semakin ‘kedekut’.

Sebagai contoh, seluruh benua Afrika menerima kurang daripada AS$300,000 (RM1.395 juta) untuk menangani pencemaran udara.

BANGLADESH MENDUDUKI TEMPAT TERATAS

Di peringkat global, Asia Selatan adalah wilayah paling terjejas teruk sehingga Bangladesh, India, Nepal dan Pakistan dikategorikan empat negara paling tercemar di dunia.

Golongan wanita berjalan mengharungi jerebu tebal di New Delhi. - AFP
Golongan wanita berjalan mengharungi jerebu tebal di New Delhi. - AFP
Golongan wanita berjalan mengharungi jerebu tebal di New Delhi. - AFP

Penduduk di Bangladesh dengan paras purata 2.5 mikron (PM) ialah 74 mikrogram setiap meter padu akan memperoleh 6.8 tahun hayat jika ia berada di bawah garis panduan WHO sebanyak 5PM setiap meter padu.

Ibu negara India, New Delhi dinobatkan bandar mega paling tercemar di dunia dengan purata pencemaran tahunan sebanyak 126.5 mikrogram setiap meter padu.

Sebaliknya, di China mempunyai kemajuan luar biasa dalam mengekang pencemaran udara sejak 2014 lagi dan parasnya adalah terkawal.

Pencemaran udara di China menurun 42.3 peratus antara 2013 dan 2021. Jika penambahbaikan berterusan, purata warga China akan hidup 2.2 tahun lebih lama.

Di Amerika Syarikat (AS), tindakan perundangan seperti Akta Udara Bersih membantu mengurangkan pencemaran sebanyak 64.9 peratus sejak 1970, membantu rakyat Amerika memperoleh 1.4 tahun jangka hayat.

Namun, ancaman kebakaran hutan yang semakin meningkat dan dikaitkan dengan suhu lebih panas serta keadaan lebih kering akibat perubahan iklim telah menyebabkan peningkatan pencemaran dari barat AS hingga ke Amerika Latin dan Asia Tenggara. - AFP

Klik di sini untuk terus membaca