GOMBAK - Jangan ambil rasuah, takut termakan budi. Itu nasihat bekas anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Detektif Sarjan Mahat Jafar yang telah berkhidmat selama lebih 25 tahun dalam pasukan polis. Mahat, 73, berkata prinsipnya adalah... Klik di sini untuk terus membaca

GOMBAK - Jangan ambil rasuah, takut termakan budi. Itu nasihat bekas anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Detektif Sarjan Mahat Jafar yang telah berkhidmat selama lebih 25 tahun dalam pasukan polis.

Mahat, 73, berkata prinsipnya adalah ikhlas dalam menjalankan tugas di samping memenuhi kod etika PDRM bagi memastikan integriti sebagai penjawat awam terpelihara.

Menurut bekas anggota Jabatan Cawangan Khas Bukit Aman itu, beliau pernah terlibat bersama pegawai berpangkat inspektor dalam pelbagai siri operasi antaranya serbuan sindiket pemalsuan pasport di Ipoh, Perak sekitar tahun 1990-an.

"Dalam serbuan bersama pegawai itu, seorang suspek menawarkan sejumlah wang tunai yang banyak, namun kami telah menolak rasuah tersebut dan segera membawa individu berkenaan ke Bukit Aman untuk siasatan lanjut.

"Kalau kita terlibat dalam rasuah, termakan budi, kita akan susah untuk buat kerja dan serba salah untuk melaksanakan tangkapan,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Koperasi Polis Fasa 2, Batu Caves, baru-baru ini.

Tambah anak kedua daripada 10 beradik itu, antara operasi yang tidak dapat dilupakan adalah pemeriksaan ke atas sebuah kapal yang membawa 550 penumpang warga asing di Pelabuhan Pasir Gudang, Johor.

Mahat ketika bertugas sebagai anggota PPH.
Mahat ketika bertugas sebagai anggota PPH.
Mahat ketika bertugas sebagai anggota PPH.
Mahat ketika bertugas sebagai anggota PPH.
Mahat ketika bertugas sebagai anggota PPH.
Mahat ketika bertugas sebagai anggota PPH.

Katanya, operasi itu turut melibatkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

"Ketika itu, saya turut membantu JIM melakukan pemeriksaan. Hasilnya beberapa penumpang sahaja yang dibenarkan masuk ke Malaysia, manakala penumpang lain diarahkan untuk pulang ke negara asal kerana masalah dokumentasi dan kesalahan lain,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau memanjat syukur kerana tiada ancaman ugutan besar diterimanya sepanjang berkhidmat dalam PDRM.

Mahat yang menyertai PDRM pada tahun 1969 memulakan latihan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur sebelum ditugaskan sebagai Pasukan Polis Hutan (PPH) Jalan Pekeliling, Kuala Lumpur.

Mahat (kiri) bersama rakan setugas dalam PPH.
Mahat (kiri) bersama rakan setugas dalam PPH.
Mahat (kiri) bersama rakan setugas dalam PPH.
Mahat (kiri) bersama rakan setugas dalam PPH.
Mahat (kiri) bersama rakan setugas dalam PPH.

Menurut Mahat yang berasal dari Bukit Rambai, Melaka, beliau telah diserap ke dalam pasukan Tiger Platoon yang berperanan bagi menjalankan operasi-operasi khas.

"Saya pernah terlibat dalam operasi pembersihan dan penggeledahan di sebuah kem komunis di dalam hutan.

"Empat rakan seperjuangan cedera parah akibat terkena jerangkap samar yang dipasang komunis dan dirawat di sebuah hospital di Pulau Pinang,” katanya yang tidak mahu mendedahkan lokasi hutan terbabit.

Beliau kemudian dipilih berkhidmat dalam Jabatan Cawangan Khas Bukit Aman pada 1983.

Bapa kepada lima orang anak itu berkata, beliau membuat keputusan bersara awal pada 1996.

"Saya bersara pada usia 45 tahun selepas berkhidmat selama 25 tahun enam bulan dalam pasukan PDRM.

"Sukar untuk membuat keputusan itu, tapi saya mahu meluangkan masa bersama ahli keluarga yang sebelum ini sukar diluangkan atas faktor tanggungjawab tugas,” katanya.

Mahat mendirikan rumah tangga bersama isterinya yang juga anggota polis, Sarjan Jamilah Yahaya pada 14 Oktober 1975.

JAMILAH WANITA PERTAMA DALAM PPH

Jamilah menunjukkan pingat yang diterima. Foto SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID
Jamilah menunjukkan pingat yang diterima. Foto SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID
Jamilah menunjukkan pingat yang diterima. Foto SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID
Jamilah menunjukkan pingat yang diterima. Foto SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID


Sementara itu, Jamilah, 68, mengakui mengenali suaminya pada April 1975 sebelum tragedi berdarah di Markas Briged Tengah PPH di Jalan Pekeliling, Kuala Lumpur pada 3 September 1975.

Beliau yang ketika itu sedang bertugas melihat motosikal dinaiki dua suspek.

"Empat butir bom tangan dilemparkan oleh dua suspek terbabit dari luar pagar ke dalam kawasan lapang di mana anggota dan pegawai PPH sedang berkumpul untuk sesi taklimat diadakan.

"Tiga daripada empat butir bom tangan yang meletup itu mengorbankan dua anggota iaitu Konstabel Yusof Abdul Rahman dan Konstabel Abdul Hamid Mahmud.

"Serangan itu turut mengakibatkan 51 anggota cedera dengan 18 daripadanya parah dan dirawat di Hospital Kuala Lumpur,” ujarnya.

Jamilah berkata, peristiwa hitam itu meninggalkan kesan mendalam kepada warga PPH.

Mengulas lanjut, Jamilah berkata, beliau mahu mengikut jejak bapanya yang pernah berkhidmat sebagai anggota 'special constable' (SC).

"Saya memang meminati tugas pasukan keselamatan sejak kecil selain mahu berbakti kepada masyarakat,” katanya yang mula berkhidmat dalam PDRM pada 14 April 1974.

Klik di sini untuk terus membaca