AWANG bukanlah nak menyebelahi mana-mana pihak. Tapi Awang tabik hormat pada kenyataan lapan orang wartawan veteran yang tegur Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau SKMM. Mereka kata SKMM jangan berlagak macam ‘Big Brother’ atau ‘Abang Besar’.
Ini ekoran daripada tindakan SKMM memanggil ketua-ketua pengarang dan menyekat kandungan berita dalam talian. SKMM nampaknya guna kuasa mereka untuk bertindak dengan cara yang berlawanan dengan kehendak Tuk Seri PM sendiri. Beliau berjanji benarkan media bebas tetapi media kenalah bertanggungjawab.
Memang SKMM ada tugas sendiri. Macam kata wartawan veteran itu mereka sedar media sosial yang tak dapat dikawal. Banyak berlaku fitnah, hasutan dan fake news dalam media sosial.
Tapi talian berita yang dikendalikan oleh wartawan yang profesional dan beretika tak sama dengan hantaran yang tak bertanggungjawab dalam media sosial.
Takkanlah Utusan TV, Awesome TV, Pertiwi TV atau Hijrah TV itu ada agenda sendiri? Takkanlah mereka tak boleh buat teguran atau kritikan ke atas kerajaan?
Teguran wartawan kanan itu bangkitkan polemik yang hebat juga. Ada yang sokong, ada yang tentang. Ada yang tuduh mereka anti-Tuk Seri PM.
Bila pula menegur agensi kerajaan sama dengan anti-PM? Awang cuma berharap sekurang-kurangnya teguran wartawan veteran itu diambil endah oleh SKMM.
Klik di sini untuk terus membaca