AWANG seronok sungguh tengok lautan manusia yang membanjiri Kuala Lumpur untuk menyaksikan perarakan sambutan Hari Kemerdekaan. Khabarnya ada yang menunggu sejak malam sebelumnya. Mereka datang dari jauh, yang terdiri daripada rakyat Malaysia tua dan muda daripada pelbagai kaum.
Bagus sangatlah tu. Kita boleh berbalah kerana politik atau apa sahaja. Tapi kita tak terbelah sebagai rakyat Malaysia. Kita sehati sejiwa tunjuk bangga kita jadi rakyat negara ini.
Awang nak puji semua yang terbabit di sebalik perarakan di KL dan juga di tempat-tepat lain. Di KL saja diramalkan lebih 100,000 orang hadir di jalan. Bukan perarakan itu sahaja yang jadi bukti sayangnya rakyat pada negara. Awang tengok iklan di TV, YouTube dan media sosial, juga macam-macam jenis TikTok dan video yang keluar.
Yang Awang paling bangga semua itu hasil kreativiti anak muda kita. Mereka buat lagu, buat sketsa pendek dan buat poster digital tunjukkan bakat dan kebolehan.
Mereka berkumpul dan menyanyi Negaraku dan buat macam-macam acara spontan. Awang juga bangga bahawa orang politik pun terlibat buat macam-macam acara di kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri masing-masing. Merdeka!
Klik di sini untuk terus membaca