SHAH ALAM - Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) berfungsi sebagai serampang dua mata bagi meningkatkan daya saing sektor perindustrian tempatan melalui perkongsian kepakaran daripada pelabur luar. Penganalisis ekonomi,... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) berfungsi sebagai serampang dua mata bagi meningkatkan daya saing sektor perindustrian tempatan melalui perkongsian kepakaran daripada pelabur luar.

Penganalisis ekonomi, Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latif berkata, justeru tidak wujud kebimbangan ketidakseimbangan industri tempatan disebabkan pelabur asing.

Menurutnya, kepesatan teknologi dan suasana ekonomi global yang sentiasa berubah menyukarkan Malaysia melaksanakan perubahan disebabkan tiada kepakaran tenaga kerja yang mencukupi.

"Sebab itu kita masih lagi bergantung kepada pelabur luar dan dalam masa sama turut memperkasakan industri tempatan melalui dana kerajaan.

"Menerusi NIMP kerajaan komited menyediakan peruntukan hampir RM9.5 bilion. Saya lihat kebimbangan itu tidak perlu ada sebab NIMP 2030 ini sebagai serampang dua mata bertujuan menarik pelabur asing tetapi pada masa sama kerajaan turut menyediakan dana untuk industri tempatan menarik taraf dan meneroka industri baharu.

"Memang terpaksa (laksanakan NIMP). Jika kita tak buat, Malaysia akan ketinggalan,” katanya kepada Sinar Ahad.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai NIMP 2030 yang dibimbangi mewujudkan ketidakseimbangan sektor industri tempatan disebabkan kehadiran pemodal-pemodal asing.

Pada Jumaat, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelan tersebut dianggarkan memerlukan jumlah pelaburan sebanyak RM95 bilion sepanjang tujuh tahun pelaksanaannya terutamanya daripada sektor swasta yang digerakkan daripada ekuiti, modal dan pasaran kewangan swasta.

Mengulas lanjut, Ahmed Razman berkata, sejak tiga tahun kebelakangan ini, banyak perubahan di peringkat global dari segi sosioekonomi dan juga perkembangan teknologi menyebabkan industri berubah dengan sangat pantas.

Beliau berkata, menjadi satu kewajipan untuk negara kekal berdaya saing dengan melengkapkan industri tempatan dengan teknologi terkini.

Klik di sini untuk terus membaca