SHAH ALAM - Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) buat masa ini tidak berhasrat untuk menaikkan harga nasi, meskipun terbeban susulan peningkatan harga beras putih import.
Presidennya, Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata, sebarang perancangan untuk menaikkan harga makanan yang dijual termasuk nasi perlu melalui pelbagai pertimbangan khususnya kesan kepada pelanggan.
"Buat masa ini kami masih boleh tampung lagi (kesan kenaikan harga beras) dan kami jamin tiada kenaikan (dalam masa terdekat) tetapi untuk tempoh jangka masa panjang kita tidak tahu lagi macam mana keadaannya.
Jawahar Ali dalam masa sama turut berharap kerajaan segera mencari penyelesaian isu kenaikan harga barang di negara ini bagi mengurangkan beban yang ditanggung bukan sahaja pengguna tetapi juga peniaga.
Katanya, sudah tiba masanya juga kerajaan memikirkan kaedah untuk meningkatkan pengeluaran makanan termasuk padi agar tidak terlalu bergantung kepada barangan import seperti berlaku ketika ini.
"Malaysia mempunyai banyak tanah pertanian dan sudah tiba masanya untuk kerajaan fikirkan cara tingkatkan pengeluaran makanan berbanding memberi tumpuan menukar status tanah pertanian menjadi kawasan perumahan,” katanya.
Klik di sini untuk terus membaca