THARMAN Shanmugaratnam sememangnya dilahirkan sebagai seorang pemimpin berkaliber dan ia dapat dibuktikan menerusi kejayaan beliau pada Pilihan Raya Presiden Singapura yang berlangsung Jumaat lalu. Bekas Menteri Kanan itu meraih kemenangan... Klik di sini untuk terus membaca

THARMAN Shanmugaratnam sememangnya dilahirkan sebagai seorang pemimpin berkaliber dan ia dapat dibuktikan menerusi kejayaan beliau pada Pilihan Raya Presiden Singapura yang berlangsung Jumaat lalu.

Bekas Menteri Kanan itu meraih kemenangan besar dengan 70.4 peratus undi, sekali gus menewaskan dua pesaingnya, Ng Kok Song dan Tan Kin Lian untuk menjadi Presiden Singapura kesembilan.

Ia jelas menunjukkan rakyat memberi kepercayaan kepada beliau untuk mengambil alih tugas itu daripada Halimah Yacob bagi penggal pentadbiran seterusnya dan dijadualkan mengangkat sumpah jawatan pada 14 September ini.

Keputusan yang berpihak kepadanya turut menjadikan Tharman sebagai Presiden ketiga berketurunan India menggalas tanggungjawab besar tersebut, selain membawa reputasi cemerlang sebagai ‘tsar ekonomi’ terkenal.

Tharman, 66, menyifatkan keputusan itu sebagai satu perkembangan positif buat Singapura, malah beliau sendiri tidak menjangkakan ‘perpaduan luar biasa’ yang ditunjukkan seluruh pengundi.

"Saya yakin rakyat mahu seorang presiden non-partisan. Pengalaman meluas saya dalam bidang politik selama 22 tahun telah menjadi sumber kekuatan yang besar,” ujarnya.

Beliau juga mempunyai intuisi politik yang hebat kerana berupaya menjalinkan hubungan mesra dengan rakyat dalam tempoh singkat, selain dapat bertindak dengan pantas seperti pernah ditunjukkan pada 2016.

Pada masa itu, Tharman bertindak segera meredakan kebimbangan ramai dan meminta rakyat supaya tidak panik apabila Menteri Kewangan, Heng Swee Keat diserang strok.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu jelas dapat memikirkan strategi untuk mengatasi rasa khuatir orang ramai.

Dalam bahasa mudah, Tharman umpama ‘bapa kepada Singapura’ yang berpopulasi kira-kira 5.45 juta penduduk.

Tharman (kiri) bertemu dengan penyokongnya ketika menantikan pengumuman rasmi keputusan Pilihan Raya Presiden 2023.
Tharman (kiri) bertemu dengan penyokongnya ketika menantikan pengumuman rasmi keputusan Pilihan Raya Presiden 2023.
Tharman (kiri) bertemu dengan penyokongnya ketika menantikan pengumuman rasmi keputusan Pilihan Raya Presiden 2023.
Tharman (kiri) bertemu dengan penyokongnya ketika menantikan pengumuman rasmi keputusan Pilihan Raya Presiden 2023.
Tharman (kiri) bertemu dengan penyokongnya ketika menantikan pengumuman rasmi keputusan Pilihan Raya Presiden 2023.
Tharman (kiri) bertemu dengan penyokongnya ketika menantikan pengumuman rasmi keputusan Pilihan Raya Presiden 2023.
Tharman (kiri) bertemu dengan penyokongnya ketika menantikan pengumuman rasmi keputusan Pilihan Raya Presiden 2023.

PENGAJIAN CEMERLANG

Tharman dilahirkan pada 25 Februari 1957 dan berketurunan Sri Lanka-Tamil.

Bapanya ialah Profesor Emeritus dan merupakan pakar histopatologi terkenal yang mendapat julukan Bapa Patologi Singapura.

Ketika di usia muda, Tharman amat meminati sukan, namun beliau tidak dapat melibatkan diri dalam bidang tersebut atas faktor kesihatan.

Ini kerana beliau telah didiagnos menghidapi anemia yang teruk.

Tharman mendapat pendidikan awal di Anglo Chinese School (ACS) sebelum melanjutkan pengajian di London School of Economics dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang ekonomi.

Tharman kemudiannya menyambung Ijazah Sarjana dalam bidang sama di Cambridge University dan Ijazah Sarjana dalam bidang Pentadbiran Awam di Harvard University.

Beliau turut menerima Lucius N Littauer Fellows Award atas potensi dan prestasinya yang cemerlang.

Kerjaya beliau bermula sebagai Pengarah Ekonomi di Penguasa Kewangan Singapura sebelum dilantik menjadi Pengarah Urusan dan dianugerahkan Pingat Emas Pentadbiran Awam Singapura pada 1999.

PENGALAMAN LUAS

Tharman mula menyertai dunia politik pada 2001 dan dilantik sebagai Menteri Kanan di Kementerian Perdagangan dan Industri serta Kementerian Pendidikan.

Beliau pernah bergelar Menteri Pendidikan (2003-2008) dan menjadi Menteri Kedua Kewangan pada Mei 2006 sebelum dilantik sebagai Menteri Kewangan pada Disember 2007.

Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) menyifatkan pengalaman meluas Tharman dan penglibatan aktif beliau dengan penggubal dasar global, selain pengetahuan mendalam tentang isu kewangan merupakan satu aset yang hebat kepada IMFC.

Ketika Pilihan Raya Umum (GE) 2011, pasukan beliau untuk Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) Jurong memenangi 66.96 peratus undi.

Selepas pemilihan tersebut, Tharman dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Tenaga Manusia (Mei 2011-Julai 2012).

Beliau dipilih sebagai Menteri Penyelarasan untuk Dasar Ekonomi dan Sosial selepas GE 2015 serta menjadi Pengerusi Majlis Ekonomi dan Perdagangan Singapura-Liaoning.

Tharman memimpin kumpulan berkenaan untuk mewujudkan hubungan lebih kukuh antara wilayah Liaoning, China dan Singapura.

Pada Julai lalu, beliau melepaskan kesemua jawatannya dalam kerajaan dan keanggotaan Parti Tindakan Rakyat (PAP) demi untuk bertanding pada Pilihan Raya Presiden 2023.

Tharman juga menerima pengiktirafan media antarabangsa dan sering digambarkan sebagai ‘bintang sedang meningkat naik’ serta berpotensi menjadi Perdana Menteri Singapura.

Namun, tuah manusia siapa yang tahu. Beliau akhirnya memegang jawatan tertinggi negara.

Walaupun Tharman dilihat seperti seorang pemimpin yang tegas, beliau juga sebenarnya memiliki jiwa introspektif dan pernah menghasilkan empat puisi yang diterbitkan menerusi koleksi But We Have No Legends pada 1978.

Di sisi peribadinya, beliau membina rumah tangga bersama dengan peguam, Jane Yumiko Ittogi dan dikurniakan tiga putera serta seorang puteri. - Agensi

Klik di sini untuk terus membaca