SHAH ALAM - Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok diminta menjaga urusan sendiri dan tidak cari pasal dengan MCA susulan gesaan supaya parti itu membantu kempen Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil (PRK) di Johor ini.
Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon berkata, pihaknya tidak memerlukan nasihat atau arahan daripada Teresa berhubung perkara itu.
Tegasnya, MCA sememangnya sedia dan sedang membantu gabungan PH-BN berkempen dalam usaha memenangi PRK nanti.
"Kita ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Exco di Johor yang sedang membantu, Teresa jangan cari pasal,” ujarnya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.
Pada Sabtu, Teresa yang juga Ahli Parlimen Seputeh mendakwa MCA kelihatan tidak bersemangat dan menunjukkan hampir sifar kerja berpasukan serta perkongsian berkempen.
Dakwa Teresa, semua jentera MCA perlu diaktifkan dan dilibatkan bagi memastikan kemenangan pada PRK itu memandangkan parti tersebut mempunyai empat ADUN dan dua Ahli Parlimen di Johor.
Tambah Sin Woon, perkara itu tidak sepatutnya ditimbulkan oleh Teresa.
Klik di sini untuk terus membaca