SHAH ALAM - Urusan politik dan hal agama tidak perlu dicampurkan kerana ia hanya akan mengelirukan rakyat dan menyebabkan perpecahan dalam kalangan umat Islam. Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, hanya mufti... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Urusan politik dan hal agama tidak perlu dicampurkan kerana ia hanya akan mengelirukan rakyat dan menyebabkan perpecahan dalam kalangan umat Islam.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, hanya mufti atau pihak berkuasa dalam hal ehwal agama berhak mengeluarkan fatwa, sedangkan ahli politik tidak mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut.

"Dalam satu hadis menyatakan halal dan haram itu jelas dan antara kedua-dua itu terdapat perkara yang samar. Sebaiknya kesamaran tersebut dielakkan supaya ia tidak jatuh hukum haram.

"Politik ini tidak jelas, maka lebih baik tidak mengeluarkan hukum haram atau halal. Ini lebih selamat.

"Jika masyarakat ingin penjelasan, minta dengan mufti kerana terdapat kaedah untuk menentukan halal atau haram berdasarkan nas dalam al-Quran, hadis dan berdasarkan kesepakatan para ulama,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Menurut Wan Salim, masyarakat wajar meminta penjelasan daripada mufti kerana sesuatu perkara akan dibincangkan melalui mesyuarat terlebih dahulu.

"Isu berkaitan nasional akan dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI), manakala perkara bersifat kenegerian akan diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri.

"Ini yang sewajarnya dilakukan dan ahli politik tidak berhak mengeluarkan fatwa,” ujar beliau.

Klik di sini untuk terus membaca