AWANG sebetulnya macam jutaan rakyat Malaysia, terkejut betul dengan apa yang berlaku pada Isnin lalu.
Mahkamah Tinggi putuskan untuk melepaskan Tuk Seri Zahid Hamidi tanpa pembebasan (DNAA).
Ini bermakna Timbalan Perdana Menteri lepas kesemua 47 pertuduhan ke atasnya membabitkan Yayasan Akalbudi.
Bukanlah Awang pakar undang-undang. Setahu Awang, mahkamah tak ada pilihan melainkan melepaskan Zahid oleh sebab pihak pendakwa putuskan untuk tidak meneruskan pendakwaan.
Dari awal lagi rakyat macam dah terbau hal ini akan berlaku. Tak ada angin dan ribut, tiba-tiba ketua pendakwa kes itu, Datuk Raja Rozela Raja Tom bersara awal.
Macam-macamlah rakyat anggap tentang udang dan pintu. Tapi cara Zahid dibebaskan ini memang mengundang pelbagai telaah, teori konspirasi dan kecaman.
Banyaklah yang berkata, mengapa tak biarkan proses undang-undang berjalan sampai ke hujungnya? Lagipun dari awal mahkamah puas hati ada kes prima facie. Selama 77 hari kes sudah berjalan.
Jikalau betul beliau tidak bersalah dalam soal pertuduhan pecah amanah, rasuah dan penggubahan wang haram, biarlah beliau diadili oleh Mahkamah.
Rakyat tentu terima apa sahaja keputusan mahkamah.
Klik di sini untuk terus membaca